Selebriti terkenal Erra Fazira telah buat pengumuman bahawa hubungannya bersama juara Akademi Fantasia musim ke-8, Shahir Zawawi sudah pun berakhir sejak Januari lalu.
Laporan kebanyakan dari portal hiburan pada Jumaat lalu melaporkan mereka berdua sudah pun move on, membawa haluan masing-masing, tetapi kedua-duanya masih berhubung seperti rakan biasa.
“Kami sudah move on dengan kehidupan sendiri.“
Saya tidak kecewa kerana saya tahu aturan Allah itu baik. Kami masih berkawan tapi tiada lagi hubungan istimewa.
“Dahulu memang ada perancangan untuk bahagia bersama, namun Allah tidak tunjukkan jalan dan tidak permudahkan,”
– Erra Fazira
Erra bagaimanapun tidak memberitahu punca kenapa mereka berpisah.
“Sebagai seorang wanita apabila diberi harapan, sudah tentu ada rasa bunga-bunga tapi lama-lama kematangan mengatasi segalanya. Sampai bila?
– Erra Fazira
“Saya tidak sedih, tidak boleh salahkan sesiapa kerana jodoh telah tiada,“
Erra juga mengesahkan bahawa beliau akan ke tanah suci bagi menunaikan fardu Haji, namun tidak dimaklumkan bila akan berlepas ke sana.