Di tengah sibuk-sibuk berlatih untuk persembahan Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana Budaya, Erra Fazira mengejutkan ramai peminatnya apabila berita tentang perceraian dengan Engku Emran telah pun disebarkan di semua media pada tengahari tadi. Pastinya, hari ini topik Erra Fazira bercerai menjadi topik hangat perbualan di media sosial. Apa-apa pun, pasti ramai media yang mahu mendapatkan penjelasan lanjut dari Erra ketika ini. Namun, bagi Erra Fazira, tiada apa yang perlu diperkatakan lagi dan beliau memohon dan berharap sangat kepada media agar tidak bertanyakan tentang isu perceraian ini kerana beliau mahu menumpukan kepada persembahan Konsert Teaterikal Suara Kita yang akan bermula pada dari 3 hingga 9 Mac 2014 di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Jika pembaca semua mahu tonton persembahan Awie, Erra Fazira dan Ziana, bolehlah beli tiket sekarang dengan melayari www.ticket2u.biz .
Selepas persetujuan kedua-dua belah pihak, Engku Emran telah diberikan hak penjagaan sepenuhnya terhadap anak mereka, Engku Aleesya. Manakala Erra Fazira pula diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan. Keputusan dibuat tanpa sebarang pertikaian dari kedua belah pihak. Erra Fazira juga bersetuju untuk tidak meminta sebarang nafkah dari bekas suaminya.
Kalau dengar lagu Pasrah & Yang Terindah Hanya Sementara nyanyian Erra Fazira masa-sama gini, rasa sedih gak dan lagu ini menceritakans segala takdir yang telah menimpa penyanyi ini. Ya lah, semua dari kita mengharapkan kebahagian yang berkekalan dalam melayari bahtera rumahtangga.
Nampaknya begitulah, segala teka-teki dan spekulasi telah pun terjawab hari ini. Spekulasi mengenai rumah tangga pelakon popular, Erra Fazira terjawab apabila suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidil, 39, melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.
Cerai dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husin selepas kedua-dua belah pihak bersetuju menyelesaikannya secara baik. Engku Emran sebak manakala Erra Fazira yang memakai jubah kelabu kelihatan tenang saat cerai dilafazkan pada jam 12.50 tengah hari tadi.
Mohammad Adib berkata, permohonan hak penjagaan anak diberikan kepada Engku Emran dan hak bermalam serta lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira diluluskan apabila kedua-dua pihak bersetuju mengenainya.
“Mahkamah turut meluluskan permohonan plaintif (Erra Fazira) untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah.”
Ketika prosiding, Erra Fazira dan Engku Emran mengesahkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung selama setahun enam bulan.
Pelakon filem Sembilu itu atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 40, diwakili oleh Ahmad Nazib Johari memfailkan permohonan penceraian dan hak penjagaan anak itu pada 17 Februari 2013 masing-masing mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang- Undang Keluarga Selangor 2003. Manakala, Engku Emran diwakili oleh Peguam Syarie, Roslan Sujak Rafee enggan memberi komen kepada media sebaik sahaja selesai prosiding. Sementara, pengacara Primadona yang ditemani oleh rakan baiknya, Erma Fatima dan Umie Aida, meluahkan rasa syukur apabila semuanya selesai dan berjalan dengan baik.
“Segala spekulasi telah terjawab. Saya mohon jangan tanya lagi.” katanya ketika ditemui media.
Ketika ditanya mengenai perancangan selepas ini, dia memberitahu ingin fokus terhadap kerjayanya.
“Ia (kerjaya) menjadi fokus utama saya kini,” – Erra Fazira
Erra Fazira dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun. Sebelum mengahwini Engku Emran, Erra juga pernah berkahwin dengan penyanyi Yusry Abdul Halim pada 15 Jun 2003 dan bercerai tiga tahun kemudian.
Sumber: Sinar Harian