Episod tersebut juga telah memecah rekod kadar tontonan TV secara purata sejak ICSYVMY Musim 3 disiarkan. Jumlah penonton secara purata yang dicatatkan pada episod 6 ialah 3.8 juta penonton dan syer penonton sebanyak 43.6%. Lebih mengujakan, ia juga mencecah 5.5 juta penonton ketika bersiaran pada hari tersebut. Jumlah tontonan digital di laman YouTube @TV3MALAYSIA pula mencatat 3.62 juta tontonan! (Sumber: Nielsen Audience Measurement & YouTube).Â
Program yang diadaptasi daripada program hiburan popular Korea Selatan, ICSVYMY3 menceriakan hujung minggu anda setiap hariAhad dari jam 9.00 sehingga 10.30 malam di TV3 dan boleh strim dalam definisi tinggi di laman sesawang www.tonton.com.my . Siaran ulangan dapat ditonton menerusi TV9 pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam.
Seperti minggu-minggu sebelum, panel tetap ICSYVMY3 adalah Yusry Abdul Halim, Jihan Muse dan Mark Adam. Pada minggu ini, ICSYVMY3 membawakan penampilan khas penyanyi dan pelakon legenda sebagai artis jemputan iaitu Erra Fazira.
Selain itu, selebriti tanah air, Eira Syazira, Kamal Adli dan Yusof Bahrin dijemput sebagai panel penyiasat pada minggu ini. Persoalannya, adakah 6 panel penyiasat ini dapat mencari penyanyi sebenar? Ataupun kuantiti tidak membantu dan mereka akan tersilap memilih penyamar bersuara sumbang?
Erra Fazira sudah melakukan kesilapan pertama apabila beliau menyingkirkan seorang penyanyi sebenar, pegawai eksekutif sumber manusia (Muhd Adli Hanafi) yang bersuara lunak pada pusingan pertama.
Di pusingan kedua pula, kesemua panel turut sebulat suara dengan pilihan Erra Fazira untuk menyingkirkan penyanyi misteri kedua iaitu seorang petugas khidmat pelanggan ‘online shopping’ (Nur Atiqah Wahhida Haslan).Â
Jihan Muse juga mengatakan bahawa cara Atiqah memegang mikrofon tidak betul semasa ‘lip sync ’. Sayangnya, Erra Fazira tersilap lagi kerana Atiqah ialah penyanyi sebenar. Mereka bernasib baik kerana penyingkiran penyanyi misteri seterusnya iaitu penyelia kilang (Amirul Azhar bin Abu Bakar) adalah betul.Â
Di pusingan ketiga, Jihan Muse begitu yakin bahawa penyanyi misteri keempat, seorang kadet bomba (Muhd Fadlin Hakimi) ialah seorang penyanyi sebenar kerana maklumat tambahan lagu Rahsia Pohon ‘Camera’ bak kata Sean sangat sesuai dengan penampilan penyanyi misteri itu.
Walaupun begitu, Erra Fazira membuat keputusan untuk menyingkirkan penyanyi misteri tersebut. Di pentas penentuan, Jihan terus hendak pulang kerana hampa penyanyi misteri tersebut sebenarnya penyamar bersuara sumbang.Â
Memasuki pusingan terakhir, penyanyi misteri ketiga, seorang konduktor koir (Amierah Hashima) telah disingkirkan walaupun majoriti penonton dan panel penyiasat memilih dia sebagai penyanyi sebenar. Sekali lagi, Erra Fazira membuat kesilapan kerana ternyata penyanyi misteri itu ialah penyanyi sebenar. Amierah terharu dan menangis kerana dapat membuat persembahan di pentas penentuan tersebut.
Akhirnya, pilihan duet Erra Fazira ialah seorang peniaga sushi buatan sendiri (Wan Nurin Nadhirah). Rupa-rupanya dia seorang penyamar bersuara sumbang yang sangat meyakinkan sehingga kesemua panel penyiasat tertipu. Secara automatik, Nurin berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.
Bersiaran sepanjang 10 episod dan 1 episod khas, program ini mempamerkan seorang artis jemputan dan dua orang penyiasat jemputan untuk memeriahkan lagi suasana di studio ICSYVMY pada setiap episod. Tugas para penyiasat bertujuan membantu artis jemputan mengenal pasti siapakah penyanyi misteri suara sumbang dalam kalangan penyanyi misteri yang ditampilkan.
Jangan ketinggalan untuk terus mengikuti episod ICSYVMY3 seterusnya yang menampilkan Andi Bernadee sebagai artis jemputan dan Datuk Rosyam Nor dan Aprena Manrose sebagai panel penyiasat jemputan pada 29 Mac 2020.
ICSYVMY3 dihoskan oleh Shuk Sahar dan Sean LJE dan menampilkan Oppo sebagai penaja bersama untuk kali kedua dalam musim ketiga ini. Disokong oleh Hot FM sebagai radio rasmi, manakala xtra, Oh Bulan! dan Senang Terhibur ialah rakan digital. Kru penerbitan ICSYVMY3 diketuai oleh Mas Ayu Haji Ali sebagai penerbit eksekutif dan Lucent Chong Kien Wen sebagai penerbit dari Primeworks Studios.
Berhibur dengan pelbagai gelagat dan kejutan dalam ICSYVMY3 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim dalam definisi tinggi di laman sesawang www.tonton.com.my . Siaran ulangan juga dapat ditonton menerusi TV9 pada setiap hari Sabtu, pukul 9.00 malam. Gunakan tanda pagar #ICSYVMY dalam merancakkan perbualan di platform media sosial.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.