Semalam, nama Erra Fazira trending di media sosial setelah tersebarnya berita tentang pengesahan statusnya bersama dengan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang dah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Banyak reaksi dan pendapat daripada pembaca dan juga pemilik laman sosial. Masing-masing mengutarakan pendapat, ada yang negatif dan tak kurang ada yang negatif.
Menurut Erra Fazira, segalanya sudah pun selesai. Tiada apa yang perlu diperjelaskan lagi.
Erra Fazira Tidak Mahu Diganggu & Sekarang Mahu Fokus Kepada Konsert Teaterikal Suara Kita
[dropcap]S[/dropcap]egala spekulasi dan teka-teki sudah pun terjawab. Tiada apa lagi yang perlu dihuraikan dengan lebih lanjut. Kini, Erra Fazira mahu fokus kepada kerjayanya dan mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada Konsert Teaterikal Suara Kita yang akan berlangsung pada 3 hingga 9 Mac depan di Istana Budaya.
Erra Fazira juga memohon kerjasama daripada pihak media dan semua orang ramai agar tidak bertanya tentang apakah punca sebenar perceraian dan keretakan rumahtangga bersama Engku Emran. Diharap selepas ini, tiada lagi soalan tentang isu perceraian ditanya oleh wartawan. Erra juga mahu mencari ketenangan buat masa sekarang dan banyak lagi kerja yang perlu dibuat.
“Alhamdulillah, semuanya sudah terlerai dah terjawab… Tolong jangan ganggu saya lagi,”
Erra Fazira yang ditemani rakan baiknya Datin Paduka Umie Aida beserta suami, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan dan pengarah filem, Erma Fatima menambah:
“Saya harap orang ramai tak lagi bercakap mengenai rumahtangga saya. Selepas ini fokus saya kepada kerjaya.”
Erra Fazira menfailkan permohonan berkenaan Isnin lepas, mengikut Seksyen 47 & 82 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dan mengikut peguam peguam syarie, Erra Fazira & Engku Emran dah tak tinggal bersama sejak 18 bulan lepas.
Semoga Erra Fazira tabah menghadapi ujian hidup ini. Anda boleh menonton persembahan Erra Fazira bersama Awie dan Ziana Zain dengan membeli tiket di www.ticket2u.biz
Sahabat Erra Fazira, Datin Paduka Umie Aida juga turut memberi pesan di Instagram miliknya. Ada betulnya, kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa depan. Apa yang kita harapkan segalanya tenang tapi Tuhan itu Maha Adil. Segala yang direncanakan oleh Allah itu ada hikmah. Semoga kita semua mendapat pengajaran.