Seperti cerita hubungan cinta Hans Isaac dan Erra Fazira yang telah berakhir sejak 2 minggu lalu.
Keputusan nekad pelakon dan pengarah filem Cuci itu diambil setelah bertembung dengan Erra dan kekasih barunya di rumah Erra dalam adegan begitu tragis dan dramatik. Hati mana yang tak hancur bila melihat kekasih hati bersama orang lain? Memang sedih, jiwa Hans tak tenteram dan marah dengan perbuatan Erra.
Berita ini disahkan sendiri oleh Hans Isaac disebabkan Erra Fazira memilih untuk berkahwin dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Imran Engku Zainal Abidin. Erra pun ada minta hubungan diputuskan kerana keputusan diambil atas kemahuan ibunya. Apa-apa pun Hans dan Erra masih berkawan walaupun Hans kata dia tak akan hadir di majlis perkahwinan Erra nanti. Kesian Hans…
Erra Fazira memang sinonim dikaitkan dengan cinta lokasi. Dulu dengan Awie, kemudian Han Isaac yang berlakon bersama Erra dalam filem Pesona Nan Grata dan akhirnya Erra bertemu jodoh dengan orang besar Suria FM. Erra dan Hans mula bercinta ketika pengambaran filem Pesona Non Grata dan kerana itu, Hans dikatakan penyebab rumah tangga Erra dan Yusry mula menjadi retak. Namun, ini dinafikan oleh Erra walaupun selepas itu, Erra menerima hadiah jam tangan Rolex bernilai RM10,000 sempena Hari jadi Erra ke-33 pda Februari lalu. Kemudian, Erra dan Hans digandingkan dalam filem Qabil Khushry Qabil Igam, filem terbitan syarikat Hans sendiri iaitu Cuci dan Los Dan Faun arahan Afdlin Shauki. Kini, Erra sedang sibuk menjalani penggambaran filem usahasama Bollywood Dan Hollywood, bertajuk Hidden dan tidak mahu diganggu. Pada 7 Julai ini, Erra Fazira akan menyanyi di Konsert Suria FM-Stadium Bukit Jalil.
Apa-apa pun, kepada Hans Isaac, bunga bukan sekuntum ya Hans. Kat luar sana, masih banyak lagi dara jelita yang cantik menawan menunggu untuk disunting. Hidup perlu diteruskan. Jadikan ini sebagai pengajaran buat anda. Banyak bersabar dan teruskan perjuangan anda dalam bidang seni. Semoga kamu terus sukses. Akhir sekali, saya ingin menujukan lagu terbaru yang dipetik dari album Klasik Datuk Siti Nurhaliza berjudul Jangan Ditanya. Bait-bait lirik lagu ini sangat menyentuh perasaan orang yang sedang frust bercinta.
Jangan ditanya kemana aku pergi
Jangan ditanya mengapa aku pergi
Usah kau pinta ku menanti lagi
Usah disesal ku tak sabar menanti
Putuslah tali putus sudah ikatan
Pecah lah piring hancur sudah harapan
Tamatkan saja riwayat nan sedih
Selamat tinggal ku bermohon diri
Andai kita mempermainkan lidah
Menjual madu di bibir yang indah
Ku bayar tunai dengan asmara
Kira berbisa racun belaka
Hans Isaac dan Erra Fazira di Anugerah Bintang Popular 2006 yang lalu.