Program hiburan nombor satu di Malaysia, I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA (ICSYVMY) yang diadaptasikan daripada program popular Korea Selatan sedang bersiaran untuk musim terbaharunya di TV3, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam di TV3 dan juga strim live di www.tonton.com.my.
I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 (ICSYVMY4) Episod 7 yang bersiaran pada hari Ahad yang lepas menampilkan penyanyi terkenal, Ernie Zakri sebagai artis jemputan. Beliau dibantu oleh panel penyiasat tetap, Jihan Muse, Alif Satar dan Fad Bocey serta Syamel dan Jiggy Masin sebagai penyiasat jemputan.
Ernie Zakri membuka tirai episod 7 dengan persembahan lagunya, ‘Boneka’. Walaupun hadir bersama Syamel, Ernie mengikut kata hatinya untuk mengenal pasti siapakah penyamar bersuara sumbang. Namun, sayangnya percaturan Ernie telah gagal dari pusingan awal lagi. Ernie telah menyingkirkan empat penyanyi sebenar berturut-turut dan menjadikannya sangat tertekan untuk mengenal pasti pasangan duet di pusingan akhir.Â
Penyanyi misteri nombor satu yang disingkirkan di pusingan pertama membuatkan Ernie Zakri tergamam. Nyanyian Adriana Balqis yang mendendangkan lagu Rossa iaitu ‘Ku Menunggu’ sangat merdu. Ernie sangat menyesal dan tidak dapat berkata-kata. Pusingan kedua memberi tamparan hebat kepada Ernie sekali lagi apabila kedua-dua penyanyi misteri yang disingkirkan ialah penyanyi sebenar. Muhammad Saqif ataupun dikenali sebagai Tuah mempunyai suara yang sedap ketika menyanyikan lagu ‘Si Gadis Yang Ayu’. Mohamad Safwan, 24 tahun yang berasal dari Yong Peng, Johor mempunyai suara unik dan teknik nyanyian yang mantap. ‘Gemersik tu sedap’, pujian daripada Syamel yang juga menasihati Safwan untuk meneruskan impian untuk menyanyi.
Tiba di pusingan ketiga, Ernie lebih berhati-hati untuk membuat keputusan selepas mendengar pendapat daripada Jiggy, Fad Bocey dan Syamel yang mempertahankan penyanyi misteri masing-masing. Walaupun Jiggy bersungguh-sungguh mempertahankan penyanyi misterinya, tetapi dia gagal meyakinkan Ernie. Sayangnya, Ernie tersilap lagi dan ini menjadikan rekod baharu dalam ICSYVMY4 apabila 4 penyanyi sebenar telah disingkirkan!
Nurul Asyiqin yang memilih lagu Jessie J bertajuk ‘Flash Light’ untuk persembahan membuatkan semua orang terpegun dengannya. Suara merdu Nurul Asyiqin yang memukau membuatkan Jihan jadi keliru sama ada dia buat ‘lip-sync’ atau menyanyi secara ‘live’. Nurul Asyiqin pernah berputus asa untuk menyanyi tetapi ibu bapa dan kawan-kawannya sentiasa memberi sokongan supaya dia meneruskan perjalanannya sebagai penyanyi. Atas faktor itulah Nurul Asyiqin bangkit semula dan mula yakin dengan kebolehan diri, dan sedar dirinya harus ‘dream big’. Selain meminta maaf, Ernie juga memberi kata-kata semangat kepada Nurul Asyiqin supaya berjaya dan memiliki lagu sendiri  pada masa hadapan.Â
Walaupun Ernie rasa kecewa selepas menyingkirkan 4 penyanyi sebenar, tetapi dia rasa lega apabila berjaya menyingkirkan seorang penyamar bersuara sumbang (Mohamad Akmal Hakim) di pusingan penentuan. Ernie Zakri berdebar menanti keajaiban. Persoalannya, dapatkah Mohd Borhanuddin Afgani ataupun dipanggil sebagai Afgan yang dipilih sebagai pasangan duet ini menebus kesilapan Ernie?
Afgan mencetuskan perdebatan dalam kalangan panel penyiasat dari awal rancangan lagi. Jika beliau seorang penyanyi sebenar, identitinya ialah seorang pelajar pengajian dakwah Islam tetapi jika beliau seorang penyamar, identiti tersebut ialah peminat Sejarah. Beliau juga dikatakan mempunyai vokal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza
Ernie memilih lagu ‘Takkan Terlerai’ untuk berduet dengan Afgan. Semua tertunggu-tunggu untuk mendengar suara sebenar Afgan. Pengakhiran yang sempurna dan sebuah kemenangan yang bermakna buat Ernie apabila semua orang terpukau dengan suara Afgan yang bertenaga dan mempamerkan gandingan duet yang mantap bersama Ernie! Afgan juga bersyukur dan berterima kasih diberikan peluang yang bermakna ini, ia adalah langkah kecil untuk beliau meneruskan perjalanan yang lebih jauh. Selain itu, Afgan juga memenangi peluang untuk merakam sebuah single dengan artis popular tanah air.
ICSYVMY4 dihoskan oleh Sean LJE dan Shuk Sahar menampilkan Digi Prepaid sebagai penaja utama, Lazada Malaysia sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio, Oh Bulan, Xtra dan Senang Terhibur sebagai rakan digital. Gunakan #ICSYVMY untuk merancakkan perbualan di laman media sosial.
Jangan ketinggalan untuk menonton I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 (ICSYVMY4) pada setiap hari Ahad, 9.00 malam di TV3. Episod seterusnya akan menampilkan Ruffedge sebagai artis jemputan manakala Datin Seri Umie Aida dan Issey sebagai penyiasat jemputan.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.