Ernie berkata, dia berharap orang ramai terutamanya peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan suami, penyanyi Syamel.
Dia dalam pada itu turut memohon agar diberikan ruang dan menghormati situasi mereka yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta pada hari Ahad lalu.
“Siapa saja yang berkahwin yang tak nak timang cahaya mata? Memang itu perancangan kami. Selepas berkahwin kami nak sangat cepat-cepat dapat anak. Apa yang mampu saya katakan buat masa ini, dalam keadaan kami sekeluarga sedang bersedih, tolong doakan saya dapat timang anak cepat-cepat. Semoga ada rezeki untuk saya ada anak bersama Syamel,”
– Ernie Zakri
Perkara itu diluahkan Ernie berikutan perubahan tubuh badannya yang dilihat semakin berisi selepas lima bulan mendirikan rumah tangga.
Manakala bagi Syamel, dia dan isteri pasti akan memaklumkan berita baik itu kepada orang ramai jika sudah pasti kelak.
Sekadar info, pasangan serasi itu telah mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu selepas mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos 2020.