Penyanyi wanita popular tanah air bersuara emas dan serba boleh yang berasal dari Kuala Lumpur, Nur Ernie Shahirah Zakri atau lebih dikenali dengan nama Ernie Zakri kembali menggegarkan industri muzik Malaysia sekali lagi dengan single terbaharu yang berjudul ‘Boneka’. Tampil berbeza dengan imej serba baharu, lagu ‘Boneka’ dicipta dan dihasilkan oleh komposer hebat Omar K bersama dua komposer muda yang berbakat besar iaitu Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh.
Walaupun negara sedang berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ia masih memberi ruang untuk karyawan seni tanah air untuk terus berjuang dalam bidang yang mereka ceburi,
“Sebenarnya lagu ‘Boneka’ ini telah pun dirakamkan sebelum wabak COVID-19 melanda negara lagi.
Terdahulu single Gundah telah dilancarkan pada bulan Disember tahun lepas dan rasanya sesuai buat saya untuk tampil dengan single baharu,” jelas .
– Ernie Zakri
Bercerita mengenai lagu ‘Boneka’, Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) ini berkata,
“Ia berkisar tentang seorang wanita yang ditinggalkan kekasihnya tetapi dia sangat kuat dan tabah dalam menghadapi perpisahan tersebut kerana dia bukanlah ‘boneka’ yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh mana-mana lelaki.
Sebenarnya melalui lagu ini, saya mewakili mana-mana pihak yang ditinggilakan oleh kekasih mereka sama ada wanita mahupun lelaki.”
– Ernie Zakri
Mengulas lanjut tentang single ini, Ernie menerangkan,
“Saya gemar mempersembahkan karya-karya yang mempunyai cerita dan mesej yang mendalam agar dapat dijadikan sebagai pemangkin buat mereka yang tindas sebagai contoh.
Muzik mempunyai elemen yang dapat membantu dalam menaikkan semangat seseorang, dan melalui lagu yang saya sampaikan, saya harap ia dapat membantu pendengar tatkala berada dalam keadaan yang gundah.”
– Ernie Zakri
Proses rakaman lagu ‘Boneka’ telah dilakukan di Enormus Studio milik komposer Omar K, Ernie memberitahu,
“Saya hanya mengambil masa selama satu hingga dua jam sahaja bagi merakamkan single ini kerana saya sudah beberapa kali bekerjasama dengan Omar K dan saya faham apa yang dikehendaki oleh beliau.
Ini juga merupakan pengalaman pertama berkolaborasi dengan Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh kerana kedua-duanya masih baharu dalam bidang penciptaan lagu, namun begitu banyak idea segar yang ditampilkan dan saya rasa seronok kerana banyak yang dipelajari dan dikongsikan bersama.”
– Ernie Zakri
Pemenang Artis Kolaborasi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2019 ini turut menambah,
“Saya berharap agar single ‘Boneka’ ini diterima baik oleh peminat saya terutamanya, dan penggemar muzik secara amnya, dan dengan imej baharu yang ditonjolkan dan konsep berbeza yang ditampilkan memberi kelainan terhadap karya-karya saya yang terdahulu.”
– Ernie Zakri
Lagu ‘Boneka’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.
Manakala video lirik dan muzik lagu ‘Boneka’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.
Tajuk : Boneka
Artis : Ernie Zakri
Lirik : Firdaus Rahmat, Iqie Hugh & Omar K
Komposer : Firdaus Rahmat, Iqie Hugh & Omar K
Aku bukan mainan tuk kau permainkan sesuka hati mu sahaja
Aku bukan wanita yang mudah kau cela
Yang mudah kau dera jiwa
(Pre chorus)
Biarkan tertutup
Pintu kamu yang telah rapuh
Bukalah matamu
Takkan mekar bunga yang layu
(Chorus)
Bukan boneka
Seperti apa yang engkau inginkan
Sesungguhnya aku tak sanggup
Sudah cukup
Tak perlu kau menyeksaku
Bukan boneka
Seperti apa yang engkau mahukan
Sesungguhnya aku tak sanggup
Sudah cukup tak perlu kau terus membunuhku
Aku takkan mengalah
Dihempas godaan
Dihembus bisikan halusmu
Aku takkan berdiam
Membiar kau rasuk
Membiar kau ragut mimpiku
(Pre chorus)
(Chorus)
(Bridge)
Takkan aku terikat
Dengan jari jemarimu
Meracunkan cinta
Takkan aku lepaskan
Jiwaku yang selamanya
Mengharapkan cinta sempurna
(Chorus)