Menurut Ernie, dia sempat mendapatkan rawatan bagi melegakan kesakitan yang dialaminya agar dapat beraksi dengan baik pada konsert yang dijayakan bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Jay Jay tersebut.
“Suara saya ‘total lost’ pagi tadi. Kebetulan dua ke tiga hari ini, tekak saya dah rasa tak selesa sebab itu saya tidak hadir latihan terkahir kerana saya takut tidak boleh buat persembahan pada malam hari.
– Ernie Zakri
“Sempatlah saya dapatkan bantuan, dapatkan suntikan antibiotik untuk pulihkan semuanya, Alhamdulillah.
“Gementar juga sebenarnya tapi saya ada semangat dari dua insan iaitu Datuk Seri Siti dan juga Abang Jay Jay yang sentiasa sokong dan beri segala tips,â€
Dalam pada itu, pelantun lagu Ku Bersuara itu turut mengakui tidak mempunyai jalan lain sebaliknya harus meneruskan konsert amal anjuran Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd itu.
“Suami saya adalah ‘runner’ untuk hari ini untuk beli semua ubat-uabtan yang disarankan oleh Abang Jay Jay dan Datuk Seri Siti. Alhamdulillah, semua dipermudahkan.
– Ernie Zakri
“Saya tetap kena menyanyi sebab dalam kepala saya tak ada ‘plan B’. Nak tak nak, saya kena pergi dapatkan rawatan.
“Ini kali kedua saya hilang suara pada konsert yang berskala besar, mungkin kerana keletihan dan kurang rehat,â€
Konsert yang berlangsung di hadapan kira-kira 3,000 penonton itu menyaksikan Ernie menyampaikan lagu-lagu hitnya antaranya Gundah, Korban, Ku Bersuara, Boneka dan juga Astana.