in

ERA Sarawak Kini Berwajah Baharu

ERA Sarawak Kini Berwajah Baharu!

ERA Sarawak Logo

• Mandat teraju utama diberikan kepada penyampai lokal dengan Pagi ERA Sarawak serba baharu.

• Jenama radio No.1 di Sarawak yang sangat berpengaruh serta menjadi penyumbang utama kandungan-kandungan menarik yang menepati kehendak di radio & media sosial.

• Jangan pakai FM! Bermula 2 Januari lalu, jenama ERA Sarawak tidak lagi menggunakan FM sebagai sebutan jenama, kerana ingin lebih fokus melebarkan sayap dan jenama menerusi platform media sosial.

Sesi bergambar bersama rakan-rakan media  dari KL dan Sarawak

Bila sebut jenama ERA, jangan sebut FM, kami drop FM dan telah bertukar logo! Baru-baru ini, seluruh Malaysia dikejutkan dengan sebuah berita tergempar, di mana, kesemua jenama di bawah naungan Astro Radio tidak lagi menggunakan FM.

Jenama ERA juga kini sudah berwajah baharu dengan memperkenalkan logo baharu yang lebih ‘catchy’ dan segar. ERA Sarawak turut melaksanakan pembaharuan dengan menyentempatkan kandungan lokal sepenuhnya yang 100 peratus pengisian lokal. Selain itu, ERA Sarawak turut memperkenalkan beberapa barisan penyampai baharu yang licik dan lebih bertenaga!

Keluarga ERA Sarawak bersama para artis Sarawak yang turut hadir memeriahkan majlis

KATA PENGURUS BESAR ASTRO RADIO SABAH & SARAWAK , HAFIZUDDIN NIZAMUDDIN

“Selaras dengan usaha Astro Radio untuk mengukuhkan kedudukan ERA sebagai jenama nombor satu pilihan pendengar di Malaysia, ERA telah memperluaskan capaian gelombang jenama ini dengan menyajikan sepenuhnya kandungan tempatan yang menarik.

Bukan itu sahaja, malah ERA Sarawak turut memperkenalkan barisan penyampai ERA Sarawak terkini yang sememangnya bertenaga dan lincah khas buat peminat ERA seperti Afick, Fir Affandi, Chopie, Elya, Ezri, Napio & Jonathan Ding. Oleh kerana karakter mereka yang nakal, cergas, unik serta penuh bertenaga, mandat diberikan kepada Afick & Fir untuk menerajui “Pagi ERA Sarawak” yang serba baharu. Keserasian Afick dan Fir bakal menyuntik pengalaman baharu buat peminat dengan susunan kandungan yang padat serta menghiburkan. Diharapkan agar kehadiran Afick and Fir dapat mencuit hati dan menggembirakan pendengar ERA setiap pagi.

Seiring dengan perederan semasa, jenama ERA Sarawak kini lebih memperluaskan gaya komunikasinya untuk lebih dekat di hati peminat dengan menyajikan pelbagai kandungan menarik melalui platform sosial media seperti Facebook, Instagram, Whats App, Twitter dan sebagainya.

Kami akan terus menjadi peneraju utama jenama radio No.1 di Sarawak yang memegang status sebagai penyumbang yang sangat berpengaruh memberikan kandungan-kandungan menarik di pelbagai rangkaian media sosial.”

IMG_8739

Digi, selaku penaja utama bagi segmen pagi, Pagi ERA Sarawak sepanjang tahun 2018. Digi telah bersama jenama ERA untuk sekian lama. Kali ini sekali lagi Digi selaku penaja utama sepenuhnya segmen Pagi ERA Sarawak turut merasa teruja dengan pembaharuan di ERA Sarawak. Ini merupakan berita baik untuk Digi memperluaskan rangkaian dan mendekatkan Digi dengan pengguna menerusi Pagi ERA Sarawak.

Barisan Penyampai ERA Sarawak terkini

BARISAN PENYAMPAI ERA SARAWAK

ERA Sarawak Announcers_2018

IKUTI BERITA TERKINI ERA SARAWAK

@erasarawak #erasarawak 016 315 0000 082 420 961

Kuching : 96.1 fm Miri : 101.3fm

www.era.je

Keluarga besar ERA Sarawak yang ceria dan bersemangat

Penyampai-ERA Sarawak 2018

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Seven Collar T-Shirt Lancar Single Terbaru Berjudul LINES

Taman Rimba Tertua di Dunia Antara Lokasi Menarik Perkongsian Travelog EKOLIBUR