Era FM Makin Dekat Di Hati Penduduk Sarawak & Sabah

Setiap pagi, sambil bersarapan, Budiey akan dengar dan layan lagu-lagu di radio. Hobi Budiey sejak dulu memang suka dengar radio. Tak kira samada kat rumah atau semasa memandu. Semua radio Budiey akan dengar. Kadang-kadang, sekadar nak dengar celoteh penyampai aje. Kadang-kadang tu, yang pelik, dengar radio semata-mata nak dengar iklan! Boleh tak cam tu?

Budiey sempat buat survey kat Facebook. Saje tanya kawan-kawan kat FB, radio mana yang diorang paling minat. Dalam banyak-banyak radio, ada yang minat dan setia mendengar ERA FM .

Budiey BlogMemang tak nafikan, Budiey pun ada dengar radio ERA FM. Sikit masa dulu, Budiey selalu nantikan Anugerah Era. Memang best masa tu. Sekarang, ERA FM dah makin matang seiring dengan masa dan penyampainya pun semuanya ada peminat atau pengikut mereka sendiri. Penyampai-penyampai baru pun apa kurangnya, semuanya menyerlah dan berbakat besar serta setanding dengan penyampai yang lain.

Kepada pembaca yang tak tahu, tagline radio yang memulakan siaran pada 1998 ni ialah Kini Hanya Memainkan Muzik Hit Yang Terbaik. Seiring dengan tagline tu, radio berbahasa Melayu ini memutarkan lagu kotemporari tempatan mahu pun antarabangsa. Antaranya, lagu dari Dato’ Siti Nurhaliza, Stacy, Bunkface, Hujan, Yuna, Mizz Nina, Aliff Aziz, Katy Perry, Super Junior dan ramai lagi.

Hari ini jumlah pendengar ERA FM ialah 4.15 juta pendengar. Tahniah! Satu jumlah yang sangat membanggakan.

Gandingan spontan dan menghiburkan di Riuh Pagi ERA bersama Aznil, Ray & Haniff

Program Petang ERA yang ke udara dari jam 4 petang hingga 8 malam yang diceriakan oleh Reza dan Adi mendapat sambutan hangat dari pendengar. Ini menjadikannya program petang No. 1 di Malaysia dengan mengumpulkan 2.18 juta pendengar.

Sementara itu, Riuh Pagi ERA bersama Aznil, Ray & Haniff berada di tempat kedua paling popular untuk Breakfast Show. Show kegemaran ramai ini menampilkan segmen seperti Merisik Khabar, Can I Help U, Teka Bunyi dan Jangan Lupa Nyanyi.

Terbaru, Budiey ada dengar ERA FM melancarkan satu lagi siarannya di Kuching Sarawak.

Budiey diberitahu, ERA FM telah mengambil dua orang penyampai baru iaitu Osha dan Hasmin bagi menceriakan lagi para pendengar yang berada di Sarawak.

Jom, kita berkenalan dengan dua orang penyampai baru ni.

SYAKIRAH BINTI BASRI @ OSHA

Osha

Wajah comel milik Osha yang masih berusia 28 tahun ini memang ada potensi untuk menjadi penyampai atau selebriti radio terkenal. Tapi bukan itu taruhannya kerana celoteh Osha ni memang sangat mesra pendengar. Berasal dari Kuching. Gadis yang mempunyai ukuran tinggi 156cm ini rupanya memiliki Diploma dalam bidang Jurutera Elektronik di Politeknik Kuching. Mempunyai 5 orang adik beradik dan anak bongsu ini meminati bidang muzik dan memasak. Pada masa lapang, Osha begitu gemar dengan sukan ping pong.

Osha yang meminati lakonan Elly Suriati dan Fauziah Nawi ini, mempunyai pengalaman selama 5 tahun dalam bidang penyiaran dan pernah menjadi hos Anugerah Sri Angkasa.

Osha berharap dapat menjadi penyampai radio yang lebih bagus dan dapat diterima oleh semua masyarakat.

NUR HASMIN MOHD NURHISAMUDDIN @ HASMIN

Hasmin Era

Selain Osha, gadis berusia 22 tahun yang menggelarkan diri HASMIN ini turut dipilih untuk menjadi penyampai ERA FM di Sarawak. Lahir pada 31 Julai 1988 dan anak kelahiran Miri ini mempunyai ketinggian 143 cm. Mempunyai latar pengajian dalam bidang Teknikal Komputer di I-System Centre, Kuching. Anak kedua dari 7 orang adik beradik ini begitu menggemari muzik dan suka membaca majalah. Beliau menjadikan Dato’ Siti Nurhaliza sebagai idola dan HASMIN bercita-cita mahu ke Paris satu hari nanti. Cita-cita HASMIN tak lain dan tak bukan untuk menjadi penyampai radio yang berjaya satu hari nanti. Selamat maju buat Hasmin!

Kepada pembaca di Sarawak, Budiey rasa ini satu berita baik untuk anda semua. Budiey pasti, siaran ERA FM di Sarawak akan meluaskan lagi reputasi dan memperkenalkan lagi radio ini kepada semua!

SELAMAT MENDENGAR!

Layari sekarang: ERA FM

Osha

Hasmin Era

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Deana Yusoff di Malaysia International Fashion Week 2010

PARAMORE CAMPAIGN BOOSTS TUNE TALK BRAND