Peluang berlatih di bawah tunjuk ajar daripada artis-artis terkenal tanah air
Media sosial telah lama menjadi sebuah platform di mana penyanyi-penyanyi amatur memuat naik video mereka mendendangkan lagu cover, dengan harapan untuk menjejaki langkah seperti Khai Bahar yang terkenal dengan aksi cover lagu.
SERLAHKAN BAKAT NYANYIAN ANDA
‘Cover Star ERA’ akan dijalankan bermula 2 April 2018 secara eksklusif di laman media sosial, dan para peserta akan bertanding antara satu sama lain untuk mempersembahkan lagu cover terbaik. Peserta perlu memilih lagu dari senarai lagu-lagu yang disediakan dan mempersembahkan lagu cover mereka bersama alat-alat muzik pilihan mereka.
Peserta ‘Cover Star ERA’ yang berjaya ke pusingan seterusnya bakal berlatih dengan artis-artis terkemuka dalam industri yang akan berkhidmat sebagai juri, sebelum ke pusingan akhir untuk merebut gelaran juara ‘Cover Star ERA’.
Menurut Pengurus Kandungan ERA, Dhan Andreas “Fenomena lagu cover semakin berleluasa di dunia laman sosial. Kami sering melihat muzik-muzik hit terkini yang sering berputar di radio dihidupkan semula dan disusun oleh penyanyi-penyanyi dengan citarasa mereka tersendiri. Penerimaan hangat terhadap lagu-lagu cover membuktikan bahawa ‘penyanyi laman media sosial’ mempunyai potensi dan bakat yang mampu mengemparkan dunia hiburan. ERA mahu memberikan sebuah platform kepada mereka untuk memulakan perjalanan mereka sebagai penghibur tanah air.”
Pertandingan ini turut menguji tahap kreativiti para peserta. Suara yang merdu tidak memastikan kemenangan jika peserta tidak menyuntikkan citarasa unik mereka. Oleh itu, peserta haruslah mempertingkatkan kebolehan dan serlahkan originaliti mereka.”
Pendaftaran penyertaan bermula dari 2 April 2018 sehingga 13 April 2018. Video berdurasi satu minit perlu dimuatnaik ke laman sosial Instagram dengan menggunakan hashtag #CoverStarERA. Peserta juga harus memastikan bahawa laman sosial Instagram mereka diubah kepada umum (public) bagi membolehkan penyertaan mereka ditonton oleh para juri. Penyertaan terbuka kepada semua warga Malaysia.
ERA untuk Anda
ERA turut mengumumkan mengenai dua lagi kempen terbaharunya, ‘Lagu ERA Boomerang’ dan ‘Tiru Suara ERA’, yang mana masing-masing akan berlangsung sepanjang bulan Mac dan April ini.
Diinspirasikan dari ciri-ciri popular platform media sosial Instagram, ‘Lagu ERA Boomerang’ mengetengahkan keupayaan pendengar untuk meneka tajuk lagu serta nama penyanyi dalam masa yang ditetapkan. Petunjuk lagu akan dimainkan selama beberapa saat, dan pendengar yang berjaya meneka jawapan dengan tepat berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang bernilai sebanyak RM14,000. Layari laman media sosial ERA di Instagram untuk dapatkan petunjuk-petunjuk untuk peluang memenangi pertandingan ini. Dengarkan isyarat ‘Lagu ERA Boomerang’ di ERA bermula 19 Mac sehingga 30 Mac.
Kempen ‘Tiru Gaya ERA’ pula akan menekankan keupayaan daya ingatan para pendengar dimana penyampai-penyampai radio ERA akan lakon-suara sesuatu watak, dan pendengar harus menjawab dalam masa yang ditetapkan untuk memenangi wang tunai berjumlah RM14,000. Bermula 30 April sehingga 11 Mei, dengarkan isyarat memanggil untuk ‘Tiru Gaya ERA’.
Untuk matlumat lanjut tentang kempen-kempen ERA, layari www.era.je atau ikuti laman media sosial ERA di Facebook, Instagram dan Twitter.