Saksikan Budiey yang katanya kejam membuli dan ini sebenarnya bukanlah sisi jahat Budiey yang sekadar nakal mengusik dalam episod Project Alpha. Orang kata, hidup ini adalah satu percaturan. Juga satu perlumbaan. Tapi, sekadar satu persoalan, apakah reaksi anda apabila mendengar ada yang berterus terang mengakui pada dunia yang dia memang tidak sukakan anda disebabkan anda adalah rival? Mmm… 🙁
Tinggalkan topik itu sebab itu pendapat peribadi. Memang dalam dunia ni, tak semua orang suka pada kita. Mesti ada yang tak suka punya. Yang penting, hidup perlu diteruskan.
Okaylah, nak promo sikit. Mahu tonton satu perlumbaan? Oh ni ini bukan perlumbaan seperti program Perang Rendang yang Budiey join di TV9 hari tu. Perlumbaan ini lebih mencabar bila Budiey dicabar untuk mencuba sesuatu yang memang tak pernah Budiey buat.
Tonton babak seterusnya di sini~