in ,

Episod Kedua I Can See Your Voice Malaysia 2, Khai Bahar Lega Buat Pilihan Tepat

Bertemakan “BBNU Lelaki”, artis jemputan Khai Bahar telah diberi tanggungjawab untuk mengenal pasti kesemua penyamar bagi episod kedua I Can See Your Voice Malaysia 2 (ICSYVMY 2).

Dengan bantuan panel penyiasat yang turut disertai oleh Ismail Izzani dan Intan Najuwa sebagai penyiasat jemputan, Khai bernasib baik kerana dia berjaya memilih seorang penyanyi sebenar bernama ‘Doom Doom Drum’ (Muhammad Hakimi Bin Mohd Shukabul Yamin) untuk menjadi pasangan duet. Secara automatiknya, Hakimi telah mendapat tiket emas untuk membuat persembahan bersama artis-artis ternama tanah air di Showcase ICSYVMY 2.

‘Bihun Sedap’ (Mohamad Iza’an Bin Abdul Talib)

Terdahulu, Khai sangkakan dia membuat keputusan yang salah untuk menyingkirkan ‘Bihun Sedap’ (Mohamad Iza’an Bin Abdul Talib) kerana jejaka misteri ini juga merupakan seorang penyanyi sebenar! Shuk mengusik Khai yang dia tidak akan dapat tidur lena malam nanti kerana membuat pilihan yang salah. “Tidur lena! Saya akan tidur lena sebab suara dia lagi sedap daripada saya,” jawab Khai sambil ketawa. Terpegun dengan suaranya yang merdu ketika menyanyikan lagu berjudul ‘Luluh’, ramai yang terjatuh hati sehingga persembahannya itu menjadi topik perbualan hangat di laman media sosial. 

‘Doom Doom Drum’ (Muhammad Hakimi Bin Mohd Shukabul Yamin)

Di pusingan pertama pula, Jihan Muse selaku penyiasat tetap telah cuba sedaya upaya untuk meyakinkan Khai yang bahawa penyanyi misteri ‘Putera Dimsum’ adalah seorang penyanyi sebenar. Namun, cubaan Jihan itu gagal kerana Khai tetap membuat keputusan untuk menyingkirkannya. Setelah disingkirkan, penyanyi misteri yang bernama Fariq Iqhwan Amir Azwa ini dijemput untuk ke pentas penentuan dan mendedahkan suara sebenarnya. 

Artis jemputan Khai Bahar telah diberi tanggungjawab untuk mengenal pasti kesemua penyamar bagi episod kedua I Can See Your Voice Malaysia 2 (ICSYVMY 2).

Mendendangkan lagu berjudul ‘Hanya Mimpi’ nyanyian asal oleh Caliph Buskers, Khai hanya mampu meminta maaf kepada Fariq setelah melihat persembahannya yang turut didampingi oleh kumpulan koir. Seperti yang diteka oleh Jihan, penyanyi misteri berbaju corak pisang ini sememangnya adalah seorang penyanyi sebenar!

Dua lagi penyanyi misteri telah disingkirkan di pusingan kedua. Selepas melihat persembahan lip-sync mereka, Khai tidak berapa yakin dengan ‘Aku Tampan Aku Tau’ (Muhammad Muizzuddin Bin Abdul Mutalib) dan ‘Henshin Bertukar Lagi’ (Muhammad Fuad Danish Bin Jalani) lantas mereka disingkirkan lalu harus mendedahkan suara sebenar masing-masing di pentas penentuan. Sekali lagi, Khai menyesal kerana salah seorang penyanyi misteri yang dipilih itu merupakan seorang penyanyi sebenar, manakala lagi seorang pula adalah penyamar. Ada yang sangkakan bahawa Fuad boleh menyanyi kerana gurunya yang juga pernah menyertai program ini di musim pertama adalah seorang penyanyi sebenar.

Ismail Izzani dan Intan Najuwa selaku penyiasat jemputan episod kedua, serta Seelan Paul (penyiasat tetap)

Untuk pusingan ketiga, tiga ahli penyiasat perlu mempertahankan seorang penyanyi misteri. Mereka diberi peluang untuk mendengar secara individu rakaman suara sebenar penyanyi misteri. Khai perlu membezakan benar atau bohong berdasarkan penerangan ahli penyiasat dan telah diberi masa 100 saat untuk berbincang dengan ahli penyiasat dan penonton sebelum membuat keputusan. 

Selepas selesai berbincang, Khai telah menyingkirkan ‘Jalan Jalan Cari Makan’ (Mohd Zairul Hafizi Bin Mohd Khalis). Kali ini, tekaan Khai tepat kerana Zairul memang seorang penyamar bersuara sumbang, walaupun rupanya yang kacak itu kelihatan seperti dia boleh menyanyi.

Ismail Izzani

ICSYVMY musim kedua dihoskan oleh dua pengacara yang sememangnya lucu dan pasti membuatkan penonton tidak kering gusi iaitu Shuk Sahar dan Sean LJE. Manakala tugas sebagai “penyiasat tetap” pula masih lagi digalas oleh Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul sama seperti musim pertama. 

Selain tiga penyiasat tetap ini, mereka turut ditemani oleh dua lagi orang penyiasat jemputan untuk membantu artis jemputan mengenal pasti siapakah sebenarnya penyamar bersuara sumbang dalam kalangan penyanyi-penyanyi misteri ini.

Setiap penyanyi misteri yang disingkir akan ke pentas penentuan yang mana beliau akan mendedahkan suara sebenar. Seandainya penyanyi misteri terakhir merupakan penyanyi sebenar, penyanyi itu akan dapat menyertai Showcase ICSYVMY 2 dan membuat persembahan bersama artis-artis ternama tanah air. Namun, jika penyanyi misteri terakhir merupakan penyamar, beliau akan membawa pulang RM3,000.

ICSYVMY musim kedua ini dibawakan khas oleh Oppo selaku penaja bersama. Program ini juga dimeriahkan lagi dengan artis-artis jemputan kesayangan ramai. Antaranya Hael Husaini, Khai Bahar, Nabila Razali, Datin Alyah, Syamel, Siti Sarah, Floor 88, Haqiem Rusli, Ella, Ajai, Sam Bunkface dan Mas Idayu. Showcase ICSYVMY pula disertai oleh Misha Omar, Ara Johari, Andi Bernadee dan Luqman Faiz.

Khai bernasib baik kerana dia berjaya memilih ‘Doom Doom Drum’ (Muhammad Hakimi Bin Mohd Shukabul Yamin) yang juga merupakan seorang penyanyi sebenar

Selain itu, ICSYVMY 2 turut menampilkan Hot FM sebagai Geng Radio dan OHBULAN! sebagai Geng Digital. Krew penerbitan ICSYVMY musim kedua pula diketuai oleh Mas Ayu Binti Ali selaku Penerbit Eksekutif, dan Lucent Chong Kien Wen sebagai penerbit merangkap pengarah. 

Dapatkah anda mengenal pasti siapa penyanyi sebenar dan siapa pula penyamar bersuara sumbang? Jangan lupa untuk saksikan ICSYVMY musim kedua pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam, hanya di TV3! ICSYVMY juga boleh dapat disaksikan menerusi strim LIVEsecara HD di tonton, YouTube TV3 Malaysia Official dan YouTube TV9 Malaysia Official. Hangatkan lagi perbualan anda dengan menggunakan #ICSYVMYdi laman media sosial anda.Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook & Instagram di @tv3malaysia.

‘Aku Tampan Aku Tau’ (Muhammad Muizzuddin Bin Abdul Mutalib)
‘Bihun Sedap’ (Mohamad Iza’an Bin Abdul Talib) (2)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

LuLu Hypermarket Kini Dibuka di 1 Shamelin Mall, Jom Shopping!

Strange Happenings Sighted At Netflix’s First Screening In Malaysia