in

Episod Akhir Drama Cinta Jannah Cecah 4.2 Juta Penonton

“Cinta Jannah” yang bersiaran menerusi slot Akasia TV3 sejak 14 Ogos 2013 telah menjadi drama pilihan nombor satu di kalangan penonton Malaysia dengan catatan kadar tontonan sebanyak 3.1 juta penonton pada episod finalenya yang ke-24. Lebih teruja, episod akhir Cinta Jannah berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.2 juta penonton (sumber: Nielsen Audience Measurement) sepanjang siaran dari jam 7.00 petang – 8.00 malam pada 24 September 2013.

Episod akhir Cinta Jannah juga menguasai 70% jumlah penonton Melayu berbanding stesen-stesen televisyen yang lain (Malay 4+). Lebih membanggakan, ia turut mencatat jumlah penonton tertinggi iaitu 1.7 juta penonton atau bersamaan 50% di kalangan pelanggan ASTRO. Ini terus mengukuhkan lagi kedudukan terunggul TV3 di semua platform iaitu saluran TV percuma, saluran TV berbayar dan digital media.

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9,

“Waktu petang di Malaysia kini bertukar kepada “petang Akasia” kerana setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 petang, semua penonton di Malaysia akan melekat di TV3 untuk menonton slot Akasia. Ini kerana banyak drama-drama di slot ini menyimpan rekod rating tertinggi seperti Nora Elena, Tentang Dhia, Setia Hujung Nyawa, Teduhan Kasih dan terakhir Cinta Jannah. Alhamdulillah, Cinta Jannah, telah menerima sambutan yang sangat memberangsangkan dan menjadi buah mulut penonton sejak bersiaran pada 14 Ogos lalu. Kami teruja dan amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh penonton-penonton setia TV3 sehingga drama bersiri Cinta Jannah mencatatkan syer penonton sebanyak 50% dan jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.2 juta. Dengan itu, kami berharap agar TV3 sentiasa menerima sambutan hebat daripada jutaan penonton dan kekal sebagai saluran TV pilihan Nombor Satu negara. Kami akan terus komited untuk menyajikan program-program terbaik dan bermutu untuk tontonan semua.”

Tahniah TV3!  4.2 Juta Tonton Episod Akhir Drama Cinta Jannah

Bukan sahaja di kaca televisyen, Cinta Jannah juga mendapat sambutan hangat di laman sosial Twitter di mana setiap minggu ia menjadi trending terutama sekali pada episod terakhir, hashtag #CintaJannah berada di posisi nombor 2 di Malaysia. Di Tonton (www.tonton.com.my) pula, Cinta Jannah berjaya mencatat tontonan tinggi dengan hampir 2.6 juta sepanjang musim termasuk episod akhir. Selain itu, sempena siaran episod terakhir pada 24 September 2013, LIVE CHAT bersama Aeril Zafrel dan Nelydia Senrose di www.tv3.com.my/cintajannah pada jam 1.00 petang hingga 2.00 petang mendapat sambutan hangat dengan penyertaan seramai 10,348 peminat.

Drama bersiri Cinta Jannah sebanyak 24 episod terbitan Orangetree Production ini diarahkan oleh Azmi Hatta dan nukilan skrip oleh Nur Maizan Othman, membariskan pelakon muda yang sedang meniti nama seperi Aeril Zafrel, Nelydia Senrose, Reen Rahim dan Ramona Zam Zam serta dibantu oleh Fadilah Mansoor, Shaharuddin Thamby, Dian P Ramlee, Kartina Aziz, Ezany Nizariff dan Abdul Fattah.

Jangan lupa mengikuti drama terbaru Love You Mr Arrogant menerusi slot Akasia yang akan bersiaran selama 26 episod bermula 25 September 2013 yang menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Azlee Khairi, Zara Zya, Hanez Suraya, Keith Foo, Anzalna Nasir, Norish Karman, Mustapha Kamal, Fadilah Mansor, Alex Yanz, Aishah Illias dan ramai lagi. Ia pasti akan membuat anda melekat di hadapan kaca televisyen!

Poster Rating Cinta Jannah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Realiti Terbaru Liga Lawak Superstar

Senarai Drama Terbaik Pilihan Anugerah Skrin 2013