in

Episod Akhir Drama Ariana Rose di Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur

Bagi menyemarakkan lagi bahang Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL), satu lagi sesi jelajah bakal diadakan pada hari Selasa, 11 Februari 2014, bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam, bertempat di Lower Ground, Oval Floor, One Utama. Apa yang menarik, majlis ini akan menayangkan secara eksklusif 2 episod finale Ariana Rose yang masih belum dipertontonkan di kaca televisyen TV3.

[pullquote align=”right”]Sesi jelajah kali ini bertujuan untuk memberitahu orang ramai terutamanya golongan yang berminat untuk terus memberi sokongan kepada bengkel DFKL yang bakal berlangsung selama 2 hari bermula pada 21 dan 22 Februari 2014.[/pullquote]

Pada hari tersebut, orang ramai berpeluang mengenali para panel dan karyawan terhebat seperti Sharifah Amani, Fatimah Abu Bakar, Ahmad Idham Rozie Rashid, Siti Jasmina, Wan Hasliza dan ramai lagi secara lebih dekat.

Para panel dan karyawan ini akan berkongsi serba sedikit maklumat yang bakal mereka kongsikan bersama pada hari bengkel tersebut dilangsungkan. Kaunter pendaftaran juga akan dibuka bagi memudahkan pengunjung mendaftar.

Seperti yang semua tahu, TV3 adalah pemangkin dalam melahirkan drama – drama “award winning” dan drama yang mencatat rating penonton tertinggi. Sebagai contoh slot Akasia merupakan salah satu slot drama TV3 yang sentiasa berjaya mencipta fenomenanya yang tersendiri. Jadi, sebagai tanda terima kasih dan hadiah buat peminat dan penonton setia slot Akasia yang sering memberi sokongan tidak berbelah bagi, TV3 mengadakan majlis sesi tayangan pratonton drama yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini, Ariana Rose.

Selain itu, para pengunjung turut berpeluang untuk beramah mesra dengan pelakon utama Ariana Rose seperti Keith Foo, Nabila Huda, Hisyam Hamid, Arja Lee dan ramai lagi. Di samping itu, TV3 turut meraikan 20 pemenang bertuah kuiz pratonton Ariana Rose yang telah berjaya menjawab soalan terpantas dan betul dengan menggunakan kata kunci #ArianaRose di laman media sosial Twitter TV3 pada 6 & 7 Februari 2014 akan menikmati makan malam bersama barisan pelakon Ariana Rose.

TV9 pula akan memperkenalkan drama bersiri 7 Suami yang telah pun mula bersiaran pada 29 Januari lalu, 8.30 malam setiap Selasa dan Rabu di slot Ratu yang dibintangi oleh Izreen Azminda dan Aiman Hakim Ridza. Sesi pratonton ekslusif 7 Suami ini juga bakal ditayangkan di One Utama ini, serta peminat drama bersiri ini juga bakal menemui pelakon utama 7 Suami iaitu Izreen Azminda, Shakila Khoriri dan Idzham Ismail.

Episod Akhir Drama Ariana Rose di Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur

Pelakon Ariana Rose Keith Foo

Panel DFKL, Ahmad Idham

Pelakon Ariana, Rose, Nabila Huda

Panel DFKL Sharifah Amani

Panel DFKL, Fatimah Abu Bakar

Pelakon Ariana Rose Hisyam Hamid

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fesyen Fouziah Gous Inspirasi Lara Croft di AJL 28

Sepahtu Juara Maharaja Lawak Mega 2013