in

Episod Akhir The Breakfast Show Musim 2013

Rancangan temubual pagi terkenal ntv7, The Breakfast Show yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat selama sejam dari 8.00 pagi hingga jam 9.00 pagi bakal mengakhiri episodnya pada musim kali ini pada 29 November 2013 (Jumaat). Rancangan itu diterajui oleh para pengacara terkenal seperti Nazrudin Rahman, Aishah Sinclair, Lisa Wong, Sasha Bashir dan Jonathan Putra.

The Breakfast Show merupakan rancangan temubual yang membincangkan serta memaparkan pelbagai topik menarik berkaitan kesihatan dan kecantikan, seni persembahan, menu masakan, hal ehwal semasa dan bermacam-macam lagi topik yang relevan kepada para penontonnya. Rancangan itu akan berehat untuk lebih kandungan menarik buat musim yang seterusnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan di ntv7 sila layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan stesen kami menerusi media sosial: –

Media sosial:
Facebook (Urban – ntv7 │Chinese – ntv7 中文)
Twitter (@ntv7)
Instagram (@ntv7)
Hashtag #ntv7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri SweetHeart Fantasia di Portal Tonton

Sinopsis Drama Bersiri Playboy Itu Suami Aku