in

England Dan Jerman Akan Tersingkir UEFA EURO 2012

CASTROL EDGE MENJANGKA SEPANYOL DAN NETHERLANDS AKAN KE PERLAWANAN AKHIR UEFA EURO 2012™

KALKULATOR CASTROL EDGE MENUNJUKKAN BAHAWA ENGLAND DAN JERMAN AKAN TERSINGKIR DI PERINGKAT SEPARUH AKHIR

Bersandarkan perlawanan persabahatan antarabangsa dan debaran sepak-mula yang berbaki 10 hari sebelum UEFA EURO 2012TM bermula, penaja perlawanan rasmi Castrol EDGE telah mengemaskinikan Kalkulator Castrol EDGE supaya para peminat boleh melihat secara terperinci pola pertandingan ini.

Dengan menganalisa prestasi silam setiap pasukan, Kalkulator Castrol EDGE akan membantu para peminat untuk merancang stadium yang akan dilawati dengan meramal negara manakah yang memiliki kekuatan dan keazaman untuk melayakkan diri melalui peringkat kumpulan yang mencabar, sebelum menduga kekuatan mental mereka sekiranya pertandingan ini memasuki peringkat penyingkiran di mana debaran sepakan penalti akan berlaku dengan lebih kerap.

Castrol EDGE EURO predictor

Para peminat juga akan dapat melihat pasukan lawan mana yang akan bersaing dengan mereka jika mereka berjaya melepasi peringkat penyingkiran serta peluang mereka untuk berjaya dalam perlawanan-perlawanan ini.

Kalkulator Castrol EDGE mendedahkan bahawa:
• Sepanyol dan Netherlands, adalah pasukan kegemaran yang dijangka akan berentap dalam Perlawanan Akhir UEFA EURO 2012™ dalam satu pertarungan sengit di mana pasukan Sepanyol mempunyai 53% peluang untuk mencatat kejayaan
• Perancis dan pasukan Portugal Cristiano Ronaldo dijangka akan tersingkir dari perlawanan di peringkat kumpulan
• England, kini bersaing tanpa kehadiran pengurus pasukan, dijangka akan berjaya ke peringkat separuh akhir pertandingan tetapi akan tewas kepada Netherlands
• Dalam Perlawanan Separuh Akhir yang lain, Sepanyol mempunyai 57% peluang untuk mengalahkan Jerman dan melayakkan diri ke Perlawanan Akhir di Kiev
• Jerman, Sepanyol dan Netherlands masing-masing mempunyai 70% peluang atau lebih tinggi untuk memenangi Perlawanan Suku Akhir dan menjadi empat pasukan terakhir
• Perlawanan Suku Akhir yang paling sengit bakal menyaksikan Itali (42% peluang untuk berjaya) tewas kepada England (58%)
• Netherlands akan mengungguli Kumpulan B yang juga merupakan kumpulan maut, dan akan memasuki Peringkat Akhir dengan menewaskan Czech Republic dan England sebelumnya. Kedua-dua negara hos – Poland dan Ukraine – akan bertarung bagi melepasi peringkat kumpulan yang mencabar tetapi tidak akan melepasi Peringkat Suku Akhir

Dilancarkan buat kali pertamanya untuk 2010 FIFA World Cup™ di mana ia berjaya meramal dengan tepat hampir 70% pola permainan pasukan-pasukan, Castrol EDGE telah mengaplikasi kepakaran yang sama seperti yang digunakan untuk menghasilkan minyak mereka yang terkuat bagi mewujudkan Kalkulator Castrol EDGE – menggunakan teknologi terkini dan teknik analisis data bagi mengenal pasti negara manakah yang mempunyai peluang terbaik untuk berjaya di UEFA EURO 2012™.

Direka oleh pasukan Juruanalisa Prestasi Castrol EDGE yang sama di sebalik Castrol EDGE Rankings, mereka menghitung perkadaran serangan dan pertahanan setiap negara.

Kemudian, dengan mensimulasi pertandingan ini lebih dari 100,000 kali, dan mengambil kira kumpulan undian, Kalkulator boleh meramal kejayaan setiap negara dalam kumpulan mereka, sama ada mereka akan mara atau tidak ke peringkat penyingkiran, justeru menghitung peluang setiap negara untuk menjuarai pertandingan ini.

Para peminat boleh menemui Kalkulator Castrol EDGE di www.castroledge.com.my di mana ia akan dikemaskinikan di akhir setiap perlawanan UEFA EURO 2012™ supaya mereka dapat melihat impak keputusan ke atas peluang-peluang negara mereka.

Mark Ng, Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia, Singapura dan Filipina berkata: “Setiap negara ada pihak yang ingin dielakkan atau dihadapi dalam pertandingan sengit dan kini para peminat dan pengurus boleh melihat sama ada persaingan-persaingan akan berlaku dalam UEFA Euro 2012™. Adalah diharapkan, Kalkulator Castrol EDGE dapat memberi para peminat informasi tepat mengenai pasukan manakah yang memiliki kekuatan untuk sampai ke peringkat akhir dan boleh membantu para peminat merancang perjalanan mereka di sekitar Poland dan Ukraine pada musim panas ini.”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Ke Konsert Kenangan Sudirman 3 Jun Ini

Dua Telemovie Khas Hari Gawai Di TV2