Lebih sebulan bergelar duda, keadaan Emran dikatakan tidak terurus berbanding ketika bergelar suami yang sentiasa kelihatan kemas dan segak.
Gambar penampilannya yang tidak kemas dipercayai selepas melakukan aktiviti berbasikal yang dikongsikan di media sosial ternyata mengundang perhatian ramai.
Tidak seperti dahulu, Emran kelihatan tampil berbeza dengan rambut panjang dan misai tebal yang hampir menutup mulutnya.
Yang pasti, netizen segera membuat perbandingan imej yang dulu dengan sekarang dan menganggap apa yang berlaku ada kaitan dengan perceraiannya.
Emran mengahwini Laudya pada 8 September 2017, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun sebelum mengambil keputusan bercerai secara baik. Mereka juga tidak dikurniakan anak.
Sumber: Harian Metro