Akhirnya ikatan perkahwinan yang dibina selama dua tahun terlerai jua apabila Engku Emran Engku Zainal Abidin, 49, sah menceraikan Noor Nabila Mohd Noor, 39, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, tengah hari tadi.
Noor Nabila menerusi hantaran di Insta Story mengeluarkan kenyataan tentang hubungannya dengan bekas suami.
“Jika ia bukan ditakdirkan untuk anda, tak kira berapa lama atau berapa kuat anda cuba, ia tidak akan menjadi milik anda. Kerana kita merancang, tetapi perancangan Allah lebih baik.Â
– Noor Nabila
“Semoga Allah membimbingku dan berikan ketenangan dalam hatiku,â€
Sebelum ini, media melaporkan Noor Nabila memberitahu bahawa dia dalam proses untuk bercerai bersama Engku Emran selepas mereka tidak lagi tinggal serumah sejak awal Januari lalu.
Pasangan ini bernikah pada 19 Mac 2021 dan ini merupakan perkahwinan ketiga buat mereka.
Emran sebelum ini pernah bernikah dengan Erra Fazira dan Laudya Cynthia Bella manakala Nabila pula pernah berkahwin dengan Sharnaaz Ahmad.