Segala persoalan siapakah bakal merebut gelaran juara bagi pertandingan pencarian penyanyi rock Malaysia dan bergelar pejalar AF 2016 telah terjawab! Konsert akhir JoHaRockStar telah pun berlangsung Sabtu lalu, bermula jam 8 malam bertempat di Dataran Centrio, Seremban 2.
Emy Juara JoHaRockStar & Kini Bergelar Pelajar AF2016 Bawa Pulang Wang Tunai RM 5,000
[dropcap]A[/dropcap]cara yang bermula pada jam 5 petang itu menyaksikan pelbagai aktiviti menarik yang dilaksanakan oleh pihak ERA fm, antaranya adalah pemberian barangan ERA fm oleh Skuad ERA, permaina soal jawab bersama penonton dan banyak lagi! Seawal jam 5 petang, orang ramai sudahpuun membanjiri Dataran Centrio, Seremban 2 untuk menyaksikan persembahan-persembahan hebat finalis JoHaRockStar dan Brader-brader rock mereka seperti Emy (Estranged Junior), Fazila (Kristal Junior), Acap (Hyper Act Junior), Philies (Projector Band Juniro) dan Mastura (Khalifah) serta para artis jemputan seperti Syamel, AF Akim & Majestrit dan Faizal Tahir.
Sebagai pembukaan pentas JoHaRockStar, Syamel AF yang sebelum ini pernah menyertai program SuERA anjuran ERA fm telah membuat persembahan mantap dengan menyampaikan lagu popularnya berjudul Hidup Dalam Mati dan sebuah lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Wings, Bujang Senang.
Selepas Syamel, penyanyi rock berpangkat otai iaitu Mus May pula memanaskan pentas dengan lagu popularnya Cinta Mu Mekar Di Hati. Penyampai ERA fm yang bertugas turut mengumumkan tiga JoHaRockStar yang akan menilai peserta-peserta tersebut antaranya yang menjadi juri Mus May, Datuk Shake (Pengetua AF 2016) dan Cikgu Shahrol.
Konsert yang bermula jam 8 malam itu dimulakan dengan kumpulan Hyper Act dan disusuli finalis JoHaRockStar pertama juga merupakan junior mereka iaitu Acap, 22 tahun berasal dari Perak dengan lagunya Love You Like A Love Song versi rock.
25 Ribu Penonton Banjiri Konsert Final JoHaRockStar
[dropcap]S[/dropcap]elepas itu, pentas JoHaRockStar digegarkan lagi dengan persembahan kumpulan Khalifah dan junior mereka Mastira yang menyanyikan lagi Dekat Tapi Jauh dalam versi rock. Pentas semakin hangat kerana kesemua penyampai ERA fm turut berada di atas pentas sebagai pengacara anataranya adalah JoHaRa (Johan, Ray, Haniff) , Dina Nadzir, Adi Fashla, Radin dan Hani Fadzil.
[pullquote align=”right”]Penyanyi popular Faizal Tahir turut diumukan sebagai penyanyi jemputan pada malam itu dengan menyampai 2 buah lagu poupularnya seperti Assalamualikum dan Gemuruh. Orang yang hadir pada malam tersebut turut menyanyikan lagu-lagu bersama penyanyi kesayangan mereka.[/pullquote]
Kumpulan Estraged seterusnya menyampaikan sebuah lagi dan selepas itu Emy selaku junior rock mereka menyampai lagu Tetap Dalam Jiwa versi rock. Selepas itu, para finalis JoHaRockStar Pihilies (Junior rock Projector Band) yang berasal dari Sarawak menyanyikan lagu Bahagiamu Deritaku yang dipopularkan oleh Hafiz AF.
Sebagai penutup, Fazila yang juga merupakan junior rock Kristal turut menyampai lagu Dengarlah Bintang Hatiku selepas Kristal membuat persembahan.
Kira-kira hampir 25 ribu penonton telah hadir menyaksikan konsert JoHaRockStar yang bermula pada jam 5 petang. Emy, finalis yang berasal dari Kota Kinabalu Sabah telah diumumkan sebagai juara JoHaRockStar dan sekaligus menjadi pelajar AF2016 dan membawa pulang wang tunai RM5,000. Manakala, Fazila memenangi tempat ke-2 yang membawa pulang RM 3,000 dan Mastura menduduki tempat ke-3 dan memenangi RM 1,000. Philies dan Acap masing-masing memenangi hadiah saguhati RM 500.
Lokasi konsert final JoHaRockStar mendapat penjaan IJM Land dan terima kasih diucapkan kepada warga Seremban yang membanjiri konsert pada malam itu.
BIODATA EMY
Nama penuh : Zahrul Hilmi bin Badrul Hisam
Nama samaran: Emy Umur : 23 tahun
Cita Cita : Menjadi seorang penghibur yang berjaya Hobi : Busking & main dengan kucing
Berasal dari mana : Kota Kinabalu, Sabah
Adik beradik ke berapa : Yang bongsu drpd 4 beradik
Persiapan menjadi pelajar AF2016 :
Kata Emy,
“Saya sentiasa bersedia dari segi mental & fizikal disamping memperbaiki mutu suara & gerak persembahan. Pengalaman sbg busker yg aktif di Kota Kinabalu sgt membantu saya dlm menyiapkan diri ke pentas final. Nasihat dan pesanan dari pengajar saya, kumpulan Estranged akan sentiasa dalam ingatan. Minat & bakat muzik saya bermula sejak saya berumur 12 tahun, usaha tanpa henti untuk menjadi dan sentiasa mencari landasan tersndiri bermula sejak itu. Walaupun bermula bukan sebagai penyanyi, tetapi saya yakin bakat saya dlm bidang muzik dapat diasah dengan cemerlang di Akademi Fantasia. Dengan adanya tenaga pengajar yg profesional dan bertauliah, sudah tentu saya dapat menimba ilmu yg lebih banyak berbanding sebelum ini dimana saya hanya belajar sendiri”