in , ,

Empat Kali Langgar SOP, Netizen Buat Petisyen Mahu Hukuman Penjara Buat Neelofa

Sudah acap kali diperingatkan dan diselar orang ramai, namun sepertinya selebriti Neelofa dan keluarganya terus memandang enteng prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan oleh kerajaan bagi membendung penularan COVID-19.

Beberapa kali dipanggil pihak polis untuk disiasat selain majlis pernikahannya bersama PU Riz yang turut didapati bersalah kerana melanggar SOP, nama wanita itu kini terpalit lagi dengan satu dakwaan baru di mana keluarganya yang dilihat menyambut Aidilfitri berama-ramai baru-baru ini.

Penat dengan Neelofa yang sudah beberapa kali didakwa tidak mematuhi peraturan kerajaan berkenaan, para netizen nampaknya bangkit bersama bagi memastikan hukuman yang lebih berat dikenakan kepada selebriti itu.

NEELOFA

Berjudul ‘Langgar SOP: PDRM, Penjarakan Neelofa Segera’, seorang individu telah memulakan satu petisyen bagi memastikan Neelofa menerima hukuman yang setimpal atas beberapa kesalahan yang melibatkannya itu.

Antara daripada kesalahan yang disenaraikan di dalam petisyen itu ialah:

1. Majlis Perkahwinan Neelofa & PU Riz di Grand Hyatt – Mac 2021 (tindakan telah diambil)

2. Honeymoom di Langkawi – Mac 2021 (tiada tindakan undang-undang diambil)

3. Rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan tanpa sebab kukuh, sebaliknya ke kedai carpet – Mei 2021 (tiada tindakan undang-undang dikenakan)

4. Neelofa dan seluruh ahli keluarga berkumpul di rumah ketika hari raya Aidilfitri – Mei 2021 (langgar SOP Aidilfitri, tiada tindakan undang-undang diambil).

Setakat artikel ini ditulis, sudah hampir 300 netizen lain yang telah menandatangani dan bersetuju dengan kandungan petisyen berkenaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lancar Single YANG ASLI, Band Margasatwa Semakin Digemari Peminat Muzik Arus Perdana

Ben Ali & Nadiyah Shahab Sumbang RM40,000 Bantu Rakyat Palestin