Empat Dokumentari Tingkatkan Semangat Sambut Hari Kebangsaan di TV2. Komited dalam usaha menyuntik kesedaran orang ramai tentang sambutan Hari Kebangsaan yang bakal disambut 31 Ogos setiap tahun, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan program berbentuk dokumentari menerusi saluran TV2.
Bukan satu sebaliknya empat tajuk dokumentari dipilih menemui penonton setia RTM bermula tayangan doku drama : “Sebuah Cerita Bendera†pada 29 Ogos ini, pukul 7.00 malam. Kenali keistimewaan Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia bersama Esma Daniel, Atie AF dan ramai lagi. Doku drama ini diterbitkan oleh Unit Drama TV RTM.
Seterusnya pada sambutan Hari Kebangsaan, 31 Ogos ini, pukul 3.30 petang, ikuti dokumentari terbitan Unit Dokumentari dan Majalah RTM bertajuk “Gapura Merdeka†berkenaan Jalur Gemilang, bendera Malaysia yang menjadi lambang identiti negara yang merdeka. Setiap jalur yang berkibar membawa denyut nadi rakyat Malaysia yang berbangga dengan kejayaan yang dilakarkan dan seterusnya mendidik generasi akan datang menghargai erti kemerdekaan.
Pada sebelah petangnya saksikan dokumentari Inggeris, “Lost Over France – Malaysia’s Unsung Heroâ€, pukul 5.00 petang mengisahkan dua adik-beradik perintis – Henry dan Cyril Talalla yang hingga ke hari ini adalah antara segelintir rakyat Malaysia yang diketahui berkhidmat untuk tenaga Royal British Air force Diraja British Air semasa Perang Dunia II.
Sebagai penutup saksikan rancangan terbitan Unit Majalah dan Dokumentari RTM dengan tajuk “Perjuangan Tidak Bernoktah†pada 1 September ini, pukul 3.00 petang. Ia berlatarkan tentang sebuah perjuangan yang penuh semangat kenegaraan.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik. Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.