Pelakon Emma Maembong yang sedang berbulan madu bersama suami di Langkawi, mengesahkan dirinya hamil empat bulan. Tahniah Emma! Emma yang bernikah dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu, berkongsi berita gembira itu di Instagram, kira-kira sejam lalu.
Melalui kapsyen, Emma yang mengandung 4 bulan itu menyatakan bulan madu bersama suami ini dianggap percutian terakhir kerana selepas ini mereka bakal ditemani anak.
Foto dikongsi turut menampakkan ‘baby bump’ pada bahagian perut Emma.
Emma dalam muat naik itu turut berkongsi foto bulan madunya bersama suami, Muhammad Shazli Azhar di sebuah pusat peranginan di Langkawi.
Dalam foto romantis itu juga, Emma dan Shazli yang berpakaian serba putih nampak memegang perut Emma yang sudah mula menampakkan saiz kehamilannya.
Muat naik itu menerima hampir 90,000 tanda suka dalam tempoh satu jam selepas dimuat naik serta ribuan komen ucapan tahniah daripada peminat dan pengikutnya di platform media sosial itu.
Berkongsi perasaan dengan BH Online, Emma memberitahu:
“Nikmat indah sejak bergelar isteri saat mendapat berita kehamilan ini.
“Selama ini hanya mendengar cerita begini dalam kalangan adik-beradik dan teman. Kini saya melalui fasa indah ini,”
– Emma Maembong
Menurut Emma, dia mengakui teruja dengan saat dinikmati sekarang.
“Insya-Allah saya tidak sabar untuk menyambut cahaya mata sulung kami.
“Suami juga gembiranya bukan kepalang,”
– Emma Maembong
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Emma dan suaminya serta mendoakan agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan.
Menerusi perkongsian Emma kini sedang bercuti dengan suami dan beberapa rakan selebriti antaranya pelakon Aprena Manrose.
Dalam pada itu, Aprena turut memuat naik video pasangan itu sedang sibuk berkongsi berita gembira mengenai kehamilan itu di laman sosial.
Menurut Aprena, pasangan itu sanggup tidak menjamah makanan demi berkongsi berita itu dengan peminat kesayangan mereka.
“Emma dan Shazli okay busy nak upload untuk beritahu yang dia sudah berbadan dua sampai tak makan untuk peminat kesayangannya. Jadi, dah terjawab soalan anda semua.
“Doakan semuanya berjalan lancar ya. Tahniah anda berdua. Sayang anda berdua,”
– Aprena
Emma dijangka melahirkan anak sulungnya, November depan.
Emma dan Shazli Azhar, 32, yang juga seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu di Bukit Damansara, Petaling Jaya.