Selepas hampir lima tahun berhijab, pelakon, Emma Maembong, mengesahkan dirinya tidak lagi bertudung sejak tiga hari lalu. Bahkan, peminat juga mula bergambar dan merakam video bersama Emma dengan imej baharunya itu di tempat awam.
Kisah Emma Maembong masih lagi panas nampaknya. Selepas viral tentang kontorversit bersama Syed Abdullah, Emma sekali lagi mengejutkan peminat dengan imej terbaru tanpa hijab. Sudah pasti berita ini amat mengejutkan dan ramai peminat yang sedih kerena Emma memang sangat cantik bertudung. Namun ini keputusan Emma sama-samalah kita doakan yang terbaik.
Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 27, berkata dia mengaku keputusan tersebut datang daripada dirinya dan bersedia untuk menerima sebarang kecaman selepas ini. Menurut Emma menerusi laporan sebuah portal berita, bukan mudah untuk istiqamah dan mengekalkan imej bertudung.
Membuat pengakuan berkenaan secara eksklusif kepada portal BH Online yang ditulis oleh Jaydee, Emma Maembong menegaskan, tindakan dilakukannya itu bukanlah contoh yang baik.
Katanya, ia juga tidak kaitan dengan kontroversi melanda dirinya, baru-baru ini, sekali gus membuat permohonan maaf dan mengakui khilafnya apabila gambar mesra tanpa tudung bersama seorang jejaka tular di media sosial.
Mengakui imannya belum kukuh, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 27, selesa membiarkan keputusan yang dilakukan dengan berat hati itu ditanggung sendiri.
“Apa juga alasannya, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan. Selepas ini, saya harus telan segala kecaman dengan lapang dada.
“Untuk kita istiqamah dalam bertudung bukan perkara mudah. Pasti ada ujian yang menjelma. Jika tidak betul-betul bersedia, pasti terumbang-ambing juga iman diri. Ia (tindakan membuka tudung) bukan contoh yang baik dan jangan ikut saya.
“Cuma dalam tempoh bertudung itu, bukan saya tidak mencuba untuk membulatkan hati. Namun, saat saya tewas dan perkara itu tular. Hukuman bertalu-talu datang, tetapi saya terima dengan hati terbuka,”
– Emma Maembong
Menurut pelakon berdarah campuran yang dikenali menerusi drama Kau Yang Terindah itu, dia mula mengenakan tudung secara suka-suka dengan memakai selendang di leher.
“Cara saya mengenakan selendang di leher dulu juga pantas dikecam netizen. Ada yang cakap, lebih baik bertudung penuh dan sempurna. Sedikit demi sedikit, saya mencuba untuk bertudung.
“Ketika itu, saya cuba bermuhasabah dan memperbetulkan diri. Selepas saya mula bertudung dulu pun, seperti biasa cara berpakaian dan mengenakan tudung itu juga terus mengundang kritikan. Semua benda bagai serba tak kena. Benar, susah untuk saya memuaskan diri orang lain.
“Saya seperti berperang dengan diri sendiri. Tetapi, saya lawan segala perasaan negatif. Namun, saat hanyut dengan kekhilafan diri, baru-baru ini. Saya terus dihukum seperti mempermainkan agama. Mereka yang memberi komen pedas itu pula seolah-olah mendapat jaminan masuk ke syurga. Malah ada yang cakap, apabila sudah ‘kantoi’, baru nak minta maaf. Saya akur, diri ini manusia biasa yang tak pernah sempurna,”
– Emma Maembong
Menjawab pertanyaan apakah dia memakai hijab kerana mengusahakan perniagaan tudung, Emma menafikan sekeras-kerasnya perkara itu.
“Perniagaan tudung dibuat ketika saya belum lagi menutup kepala. Secara peribadi, saya suka membeli tudung dan selendang, malah mempunyai sedikit bakat melukis, termasuk menjadikan tudung sebagai kanvas lukisan,”
– Emma Maembong
Tambah Emma, agak berat bagi ahli keluarga menerima keputusannya untuk tidak lagi berhijab.
“Cuma, mereka akur dan tahu apa yang saya lalui selama ini. Mereka lihat dengan mata sendiri segala episod jatuh bangun dan ‘sakit’ saya menjadi anak seni.
“Mereka bukanlah menggalakkan saya tidak bertudung, tetapi dalam masa sama, berharap supaya suatu hari nanti saya akan kembali istiqamah,”
– – Emma Maembong
Zaman sekarang ni, macam-macam orang yang kita jumpa. Kadang-kadang, orang yang memakai tudung tu pun tak semestinya berperangai baik. Ada yang hipokrit. Ramai yang pakai tudung tapi perangai macam dot dot dot.
Di sosial media sekarang ini, ramai yang memberikan pandangan masing-masing. Ada yang menyokong dan ada pula yang mengecam. Biasalah tu.
Sementara itu, peminat juga mula bergambar dan merakam video bersama pelakon drama Awak Suka Saya Tak dengan imej baharunya itu di tempat awam. Sebelum ini, pada 28 Januari lalu, Emma sudah memohon maaf atas tindakannya tidak memakai tudung dan mengakui kesilapannya itu bukan atas paksaan mana-mana pihak.
Dua foto Emma bersama Syed Abdullah yang iaitu abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq telah tersebar di laman sosial dan menerima kecaman netizen. Bagaimanapun, Emma menakan dia adalah individu dalam salah satu foto yang memperlihatkan seorang wanita duduk di celah kangkang Syed Abdullah.
Apa yang saya doakan Semoga satu hari dia kembali berhijab.
Sumber: Berita Harian