PELAKON Emma Maembong menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kononnya dia cuba mengambil kesempatan apabila memuat naik foto dirinya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Instagram, baru-baru ini.
Memetik beberapa sumber, pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail itu menjelaskan bahawa perkongsian foto berkenaan hanya sekadar untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaan pemuda itu dalam pilihanraya lepas.
Malah katanya, dia juga sudah tiga tahun mengenali pemuda berkenaan sebelum beliau bergiat aktif dalam bidang politik.
“Saya dikecam kononnya mahu mengambil kesempatan ke atas Syed Saddiq selepas memenangi kerusi Ahli Parlimen. Anda semua boleh tengok akaun Instagram saya di mana saya sebenarnya sudah lama berkawan dengan beliau.
“Kami mula berkawan apabila saya mengutus mesej kepada Syed Saddiq meminta beliau membuat kejutan pada majlis hari jadi pembantu peribadi saya yang menyukai ketokohannya berdebat.
“Syed Saddiq dengan rendah hati bersetuju melakukannya. Dari situlah kami mula berkawan,†katanya dipetik BH Online.
Tambah Emma lagi, Syed Saddiq turut menyokong kerjaya seninya malah sudi hadir ke majlis filem yang dibintanginya berjudul Kimchi Untuk Awak.
“Sebelum ini, apabila saya memuat naik foto bersama dirinya, tiada siapa kisah. Sekarang, apabila beliau sudah jadi Ahli Yang Berhormat, baru orang perasan,†ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Emma turut menafikan bahawa dirinya bercinta dengan pelakon kacak, Alvin Chong dan pada masa sama enggan mengulas lanjut mengenai kisah hubungannya dengan aktor, Kamal Adli.
Jelas pelakon berusia 26 tahun itu, dia hanya menganggap Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli sekadar kawan baik semata-mata.
“Saya tidak lagi memikirkan soal kahwin, sekarang sudah tiada apa yang mahu diperkatakan mengenai kisah peribadi saya. Saya masih lagi berkawan dengan Kamal dan keluar bersama.
“Kalau sampai masanya ada yang masuk meminang dan ajak saya berkahwin, saya akan berkahwin. Tapi sekarang saya tidak lagi berharap dan hanya berserah,†jelas Emma.
Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan diri, Emma memberitahu ibunya turut membantu perniagaan yang diusahakan bersama adik-beradik yang lain.
Bukan itu sahaja, malah Emma juga dikatakan bakal memasuki set penggambaran drama terbitan Astro Oasis berjudul Cinta Kelas Satu.
Sumber: BH Online