in ,

Emilda Rosmila, Fezrul Khan dalam Drama Pesona Rindu

DERITA EMELDA ROSMILA DALAM ADAPTASI ‘PESONA RINDU’ : DRAMA KHAS RAMADAN DI TV2

Memberi kelainan dalam memenuhi kehendak penonton di bulan Mulia Ramadan Al Mubarak, penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyaksikan karya penulisan novelis terkenal Sharifah Abu Salem menerusi adaptasi novel Pesona Rindu yang mengetengahkan perjalanan hidup seorang insan bergelar wanita dalam mengharungi pelbagai situasi pahit manis dan rencah kehidupan berkeluarga.

Mengekalkan tajuk dari novel asal, Pesona Rindu ditayangkan pada 21 Ogos 2010, Sabtu jam 9.00 malam menerusi slot Panggung Seri di saluran TV1. Pesona Rindu membariskan pelakon-pelakon terkenal tanahair seperti Emelda Rosmila, Zamarul Hisham, Fezrul Khan, Siti Fazurina, Dian P.Ramlee, Dato’ Ahmad Tamimi Serigar dan Khatijah Tan.

Emylia Rosmila

Emelda Rosmila

Awal penceritaan Pesona Rindu menyaksikan kisah putus tunang antara Najmah dan Ustaz Syakir yang telah menimbulkan kemarahan keluarga. Permintaan Najmah itu berlandaskan prinsip hidupnya yang hanya menganggap Ustaz Syakir tidak lebih dari seorang abang baginya. Walaupun kecewa Ustaz Syakir redha menerima keadaan itu dan menganggapnya hanya sebagai adik.

Najmah sekali lagi berdepan dilema apabila kemunculan Safuan, rakan sekerja yang didapati menghidap penyakit kronik barah paru-paru dalam diam telah jatuh cinta padanya. Justeru, Najmah yang mengetahui akan hal itu terpaksa menerima cinta Safuan kerana kasihan melihat penderitaan Safuan yang disahkan oleh doktor dapat bertahan hanya enam bulan untuk hidup.

Dilema cinta Najmah berterusan apabila Safuan melamar dan ingin mengahwininya sebelum ajal tiba. Lamaran itu membuatkan Najmah serba salah namun atas dasar simpati dan tidak mahu menghampakan permintaan terakhir Safuan, Najmah akhirnya bersetuju untuk bersatu. Justeru, sekali lagi keluarganya menerima tamparan hebat dengan keputusan tersebut. Ibunya, Mak Nab menganggap Najmah keterlaluan dan mengenepikan keluarga lalu pernikahan tersebut dihalang dari diadakan di rumah mereka.

fezrulKhan

Fezrul Khan

Keadaan Safuan yang semakin tenat, membuatkan Najmah nekad mengahwini Safuan secepat mungkin. Walaupun sukar menerima perkahwinan anaknya, bapa Najmah, Hj Wahid hadir mewalikan pernikahan yang di atur diadakan di wad Hospital. Walaubagaimanapun Tuhan lebih berkuasa, Safuan telah menemui ajal sebelum lafaz nikah diucapkan. Harapan Mak Nab untuk menjodohkan Najmah dengan Ustaz Syakir kembali berbunga namun Najmah masih menolak kerana mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya.

Pesona Rindu terus digelangi rencah keluarga dan cinta, kisah Najmah berterusan dengan kehadiran Fazlan dalam hidupnya. Fazlan anak majikan yang baru ditinggalkan isterinya Darina, dalam diam mula jatuh cinta pada Najmah apabila sering menjadi tempat meluahkan masalah tentang hubungan dan kisah rumahtangga. Najmah takut menerima cinta Fazlan kerana Darina merupakan rakan karibnya. Atas alasan kesunyian mereka mengambil keputusan nekad untuk berkahwin lalu sekali lagi menimbulkan kemarahan keluarganya kerana memilih cinta ketiga pada lelaki bergelar suami orang.

Perkahwinan mereka tetap berlangsung walaupun tanpa restu Hj. Wahid dan ibunya namun diterima baik keluarga mertuanya Datuk Shauki dengan penuh bersifat terbuka. Tambahan lagi Datuk Shauki bersetuju menyembunyikan perkahwinan itu dari pengetahuan Darina yang lama menyepi tanpa sebarang khabar berita.

Dua tahun telah berlalu sehingga Najmah melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakan Hakimi. tanpa disangka, Fazlan menerima panggilan Darina yang ingin pulang ke pangkuannya. Berita itu sangat mengejutkan Najmah dan membuatkan Fazlan serba salah. Bagaimanakah Fazlan dan Najmah berdepan dengan kepulangan Darina? Apa pula yang berlaku kepada bekas tunangnya Ustaz Syakir? Terus saksikan telemovie Pesona Rindu hanya di Saluran TV1.

pesona rindu(2)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 53 ntv7

SHEILA MAJID

Gambar Sheila Majid di Pelancaran Sinaran Raya 2010 Pavilion KL