in ,

EMELDA ROSMILA, IJOY AZAHARI, KISMAH JOHAR DALAM PANGGILAN RINDU

ISTIMEWA AIDILFITRI : PANGGILAN RINDU, 1 OKTOBER 2008 ( RABU ), JAM 10.00 PAGI.

5 OKTOBER 2008 ( AHAD ), JAM 12.30 TGH MALAM :SIARAN ULANGAN.

Silaturrahim antara anak dan ibu bapa serta hubungan kekeluargaan meyatukan jalinan mesra dan kasih sayang yang tidak ternilai terutama menjelang Aidilfitri. Sambutan Hari Raya akan lebih bermakna dengan pelbagai program Khas Aidilfitri sebagai santapan penonton setia di RTM 2.

Program Istimewa Aidilfitri yang bakal disiarkan pada Hari Raya pertama yang bertajuk Panggilan Rindu, bersiaran pada 1 Oktober 2008 bermula pada jam 10.00pagi di RTM2. Drama emosi yang diterbitkan oleh Bright Network Sdn.Bhd. memperkenalkan barisan pelakon handal, antaranya Emelda Rosmila, Ijoy Azahari, Johan Abdullah, Shahrul Nizam, Fadilah Mansor, Mahyan Ismail, Kismah Johar dan Rosnah Johari.

Kisah Maria dengan teman lelakinya Haziq tidak direstui oleh bapanya Mustakim seorang pemilik restoran Perancis. Maria Mustakim Dumont, seorang gadis kacukan Melayu-Perancis baru sahaja menamatkan pengajiannya di Universiti bersama Haziq. Maria dan ayahnya mempunyai hubungan yang sangat rapat semenjak arwah ibunya Adawiyah telah meninggal dunia semenjak Maria berusia 12 tahun.

Mustakim ( nama asal Oliver ) yang berasal dari Perancis telah datang ke Malaysia sebagai pengarah urusan di sebuah hotel bertaraf antarabangsa di Kuala Lumpur lalu telah bertemu dengan Adawiyah, seorang penari kebudayaan yang membuat persembahan selama beberapa malam di hotel tersebut. Mereka terus berkenalan dan jatuh cinta lalu mengambil keputusan untuk berkahwin.Namun, perkahwinan mereka tidak direstui oleh kedua-dua orang tua mereka sehingga mereka disisihkan keluarga masing-masing.

Akhirnya Mustakim tetap melalui kehidupannya setelah memeluk agama islam dan tidak kembali ke Perancis sebaliknya dia telah memulakan perniagaan restoran Perancis di Kuala Lumpur.

Maria yang telah mengenali Haziq selama setahun sebenarnya telah bertunang dengan Adam, seorang pengurus restoran Mustakim yang juga merupakan anak angkatnya. Adam ialah seorang anak yatim piatu dan dibesarkan di rumah anak-anak yatim.Dia mengenali Mustakim semasa menjadi chef pelatih di hotel yang sama.

Perkara yang menjadi masalah pada Maria apabila dia belum memberitahu Adam tentang hubungannya dengan kekasihnya Haziq. Maria dan Haziq telah merancang untuk berkahwin sebaik Haziq mula bekerja di syariakt milik ibunya.

Pada malam raya 2002, Adam mengunjungi ke rumah Maria membawa kuih raya, lemang dan semua buah tangan untuk dijamu bersama di pagi raya.Pada malam itu juga Adam telah membawa hadiah istimewa buat tunangnya iaitu seutas rantai. Maria berasa resah lalu dia berterus terang pada Adam tentang hubungannya dengan Haziq dan meminta pertunangan mereka dileraikan.

Maria dilanda keresahan sepanjang malam apabila mengetahui perasaan Adam yang benar-benar kecewa dan terperanjat atas keputusannya. Pada pagi raya esoknya, Maria dan ayahnya ke puasara ibunya dan mereka sama-sama baca yassin.

Hari raya disambut meriah dengan kunjunagn Haziq ke rumah Maria dan disambut baik oleh Mustakim. Namun, keheninagn Aidilfitri menjadi tegang apabila Mustakim memberitahu Haziq tentang pertunangan Maria dengan Adam. Hati Haziq terluka, lantas Maria memohon maaf lalu menerangkan perkara sebanar dan cuba memulihkan situasi. Maria memujuk ayahnya dan mengatakan hasrat mereka untuk berkahwin. Mustakim sekali-kali tidak menerima keputusan Maria. Haziq cuba meyakinkan Mustakim tentang kesungguhannya tetapi hati Mustakim tidak boleh dipujuk lagi.

Tujuh tahun kemudiannya, Maria dan Haziq dikurniakan seorang anak, Haliza yang berusia 6 tahun.Mereka hidup bahagia bersama keluarga Haziq. Namum, disuduit hati Maria ingin bertemu ayahnya setelah lama terpisah. Dikabarnya, Mustakim telah meninggalkan Malaysia dan tinggal di Bandar kecil Britanny, Perancis dan membuka sebuah restoran di sana. Mustakim membawa Adam bersama untuk membimbingnya sebagai umat islam selain berkhidmat dengannya.

Hati ayah mana yang tidak rindu dan sayangkan anaknya. Setelah bertahun memendam rasa dan diselubungi rindu terhadap anaknya Maria. Walau berjauhan, Mustakim tetap teringatkan Maria dan firasatnya ingin bertemu anaknya.

Atas nasihat Adam, akhirnya, Mustakim bersetuju untuk pulang ke Malaysia menyambut Aidilfitri. Maria seperti biasa membuat persiapan Hari Raya bersama keluarganya berharap agar berlaku keajaiban yang akan mempertemukan semula dengan ayahnya.

Bagaimanakah suasana Aidilfitri disambut  setelah hubungan mereka lama terpisah ?Adakah keajaiban yang diharapkan oleh Maria benar-benar terjadi ?

Ikutilah kesudahan drama Panggilan Rindu dalam Istimewa Aidilfitri dengan mempersembahkan kisah kehidupan manusia menjelang Aidilfitri dengan penuh emosi serta pengajaran di sebaliknya.

Pastikan anda tidak ketinggalan mengikuti rancangan ini di RTM2 pada 1 Oktober 2008, jam 10.00 pagi dan nantikan siaran ulangannya pada 5 Oktober 2008 hari Ahad pada jam 12.30 tengah malam di RTM2 saluran Famili Anda.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Anak Zarina Zainuddin

WARTA WILAYAH DI RTM1