Penyanyi lagu Kau Atau Aku, Elyana mengakui dirinya sudah tidak tertanggung menahan sakit hampir lebih sebulan lamanya.
Ujar Elyana, dia akhirnya mengalah dan reda dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya.
Dia turut berkongsikan perkara tersebut menerusi hantaran Instagramnya untuk pengetahuan peminat.

“Lebih sebulan menahan sakit sampai tak boleh tidur. Hari ini (semalam) masuk ubat tahan sakit, steroid dan ambil darah. Ujian COVID-19 memang wajib. Esok (hari ini) periksa jantung. Lusa buat ujian imbasan PET dan seterusnya, kemoterapi.
– Elyana
Dalam hantaran tersebut, dia turut memaparkan keadaan terkini yang sedang terlantar di atas katil hospital.
Terdahulu, media melaporkan bahawa pelakon drama Dunia Baru itu telah menghidap kanser limfoma sejak 10 tahun lalu dan kini sudah merebak ke beberapa bahagian badan.

Kekuatan yang aku lakonkan menjadi sebati dalam diri. Bahagian tubuh mana yang aku tak sakit? Semua sakit. 10 tahun. Semua sakit.†tulisnya di ruangan Instagram Story baru-baru ini.
Sentiasa berfikiran positif, Elyana berkata dia akan terus kuat melawan penyakit itu meskipun hampir 10 tahun mengalami kesakitan sejak sekian lamanya.