Khabarnya, Elyana terkena buatan orang. Perutnya membusung dan badan semakin berisi. Budiey pernah menanyakan hal ini apabila bertemu dengan Elyana ketika menghadiri Parti Ulangtahun Suria FM yang lalu. Itu sebablah mengapa Elyana hanya duduk dan mengurangkan pergerakan ketika buat persembahan di Anugerah Juara Lagu yang lalu.
Sama-sama kita doakan semoga Elyana cepat sembuh dari penyakit misteri.
DUA BULAN ELYANA SAKIT MISTERI
Jangan fitnah anak saya – Ibu
Dia (Elyana) sering mengadu sakit pada saya. Sakit perut dan sakit kepala sampai kadang-kadang satu hari tak boleh bangun. Badannya juga sentiasa panas walaupun tak demam. Apabila saya bawa jumpa doktor untuk buat pemeriksaan, doktor kata dia hanya sakit biasa. Tapi saya peliklah, kalau sakit biasa takkanlah sampai macam itu sekali.
Tadi, saya bawa dia untuk berubat secara tradisional. Mulanya dia menolak kerana tak percaya dengan benda-benda misteri tetapi agaknya sebab sudah tak tahan dengan apa yang dia lalui, akhirnya dia bersetuju. Agak mengejutkan bila pengamal perubatan tradisional itu memberitahu anak saya terkena buatan orang,?akui Shamsidar Alias, 46, ibu kepada penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu, Elyana ketika dihubungi BACARIA.
Sejak Disember lalu, penyanyi yang cukup terkenal dengan imej tanpa sepatu ini dikatakan sering sakit-sakit dan berada dalam keadaan emosi yang tidak menentu. Menurut ibunya lagi, keadaan itu semakin ketara apabila Elyana terlibat dengan majlis-majlis besar atau aktiviti-aktiviti penting. Tidak mahu bersangka buruk apatah lagi menuduh sembarangan, ibu penyanyi berkenaan menyedari sebagai seorang artis, sememangnya anaknya itu tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Mengakui mungkin ada yang merasa kurang senang dengan anaknya tetapi tidak terfi kir sejauh itu perkara ini boleh terjadi.
“Saya kasihan melihat keadaan anak saya yang menderita sakit. Dia pula jenis yang tidak suka susahkan orang. Dia sakit, tetapi dia tetap pergi kerja. Waktu dia menjalani penggambaran Renjis 2, dia terpaksa beberapa kali berjumpa doktor untuk mendapatkan suntikan tahan sakit sebab tidak mahu cuti. Sebagai seorang ibu, tentulah saya tak sampai hati melihat keadaannya itu dan cuba mencari ikhtiar dengan berubat secara tradisional. Alhamdulillah, selepas berubat dia semakin pulih walaupun tidak sepenuhnya. Itu yang badan dia sekarang ni dah makin naik dan agak berisi berbanding dulu, ujarnya lega.
Bagaimanapun, lain yang berlaku lain pula cerita yang tersebar di internet. Kecoh seketika apabila Elyana difinah kononnya kini semakin berisi kerana telah hamil. Mengakui begitu kecewa dengan fitnah yang dilemparkan itu, ibu Elyana memohon agar ia dihentikan segera. Saya tahu bukan semua orang sukakan anak saya, tetapi kalau tidak suka sekalipun, janganlah memfi tnah dia sampai begitu sekali. Saya sebagai ibu rasa sangat terpukul dengan fi tnah yang langsung tidak masuk akal itu.
Dalam masa yang sama, saya juga kasihan dengan dia. Sudahlah sakit, difi tnah pula dengan benda yang macam ini. Bukankah lebih baik kalau kita doakan agar kesihatannya kembali pulih dan dapat bekerja seperti biasa, ujarnya dengan nada yang kesal. – BACARIA