Beberapa hari lalu, Elyana yang sedang mengidap kanser telah memadam akaun Instagramnya. Budiey pun terkejut tengok akaun IG penyanyi ni dah takde. Selalunya Budiey stalk IG Elyana sebab nak tahu perkembangan kesihatan Elyana yang kini menerima rawatan lanjut dari hospital.
Kat mana lagi kalau nak tengok kalau bukan dekat Instagram sebab kat situ je la Elyana rakam video dan borak-borak dengan peminatnya.
Sebelum memadam, ada netizen dah screenshot IG Story Elyana yang meluahkan perasaannya yang tak puas hati dengan netizen. Elyana kata dia seperti dah putus asa untuk buat rawatan. Sebab ramai yang nak tengok dia mati. Mati lagi lebih baik. Mari semua kita mati sama-sama. Ini kerana Elyana tak tahan dengan kritikan daripada netizen.
Aduyai, sampai macam tu sekali pulak.
Elyana juga ada memuat naik komen salah seorang daripada tukang komen yang bernama Shaerra_Suhaimi yang meminta Elyana untuk menerima nasihat daripada orang sekeliling.
Di dalam ruangan caption, Elyana ada menulis:
“Dia tak sakit, so dia tak stress. So, boleh terima dengan hati terbuka luas. Dont worry dia tak akan MENTAL macam saya kalau kena tegur. Tudung macam ni ke baru boleh syurga?”
Pelbagai pendapat telah dilontarkan ekoran daripada posting ini. Ada netizen mengatakan Elyana tak patut mengaibkan Shaerra Suhaimi ini kerana nasihat itu ada jugak betulnya.
Siapa Shaerra ini? Tengok pada IG miliknya, orangnya cantik jugak. Bertudung manis. Shaerra telah meninggalkan komen di IG Elyana dan ini menyebabkan penyanyi itu mengambil keputusan untuk menutup akain IGnya.
Semoga Elyana terus kuat untuk menghadapi penyakit ini. Anggaplah segalanya adalah dugaan. Sepatutnya, Elyana tak perlu nak melenting. Just abaikan sahaja segala kata netizen. Nak senang tutup ruangan komen. Habis citer.
Posting ini turut mengundang ramai selebriti yang menyuruh Elyana supaya tak perlu membaca koemn-komen negatif. Lebih baik Elyana fokus kepada rawatan sekarang ini.