Menurut, Musk dalam satu temubual bersama BBC beliau memaklumkan sudah membuang lebih 6000 kakitangan Twitter bersamaan 80% jumlah tenaga kerja di dalam syarikat ini.
Musk telah mengambil langkah drastik ini kerana Twitter hanya mempunyai tempoh 4 bulan sahaja untuk beroperasi dengan aliran tunai -$3 bilion.
Dalam pada itu, beliau juga berkongsi Twitter kini akan lebih stabil dengan pengiklan yang mula kembali ke platform.
Katanya juga, pengurangan tenaga kerja ini mungkin dapat bantu Twitter dalam tempoh jangka pendek ini.
Namun, disebabkan isu-isu lain timbul sedikit sebanyak membuatkan pengalaman menggunakan Twitter tidak sebaik era sebelum pembelian.