Menerusi status yang dikemaskini menerusi laman sosial Instagram miliknya, Elly Mazlien berkongsikan nama yang menjadi pilihan buat puteri sulungnya iaitu dengan nama Putri Sara Sefhia.
Pelakon itu memuat naik sekeping gambar menunjukkan sebahagian wajah anaknya berserta kapsyen “Ni lambang muncung saya” juga hastag nama tersebut.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36, selamat bersalin di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 10 Mac lalu.
Terdahulu, pelakon yang cukup popular menerusi drama Bella ini mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama Azmi pada 9 November 2014.
Bagaimanapun dua hari selepas kelahiran Putri Sara Sefhia, Elly mengesahkan dia telah bercerai talak satu dengan Azmi sejak tahun lalu.