Pelakon dan pengacara Elly Mazlein atau nama sebenar, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, memberitahu dia kini dalam meniti fasa kebahagiaan apabila begitu teruja menantikan saat-saat menjelangnya perkahwinan yang dikhabarkan berlangsung pada tahun hadapan.
Tonton Video Temubual Ini Untuk Info Lanjut: https://youtu.be/uifjojgiXkc
“Boleh dikatakan saya wanita yang paling bahagia sekarang. Sejujurnya saya rasa tak sabar nak tunggu hari tersebut.
“Saya sangat teruja untuk perkahwinan kali ini kerana Sefhia pun sangat menyayangi dan keluarga pun menerimanya. Benarlah rancangan Allah dah susun begitu cantik. Selepas rezeki yang mencurah-curah kini pula dipertemukan pula dengan jodoh yang baik.
“Selebihnya saya akan maklumkan kemudian. Saya pasti akan kongsikan berita gembira ini kepada rakan-rakan semua. Kita tunggu masa yang sesuai. Mungkin malam berinai nanti saya akan dedahkan wajah sebenar dia,”
– Elly Mazlein
Kak Lina Pom Pom berkata ketika ditemui pada majlis pelancaran program realiti muzikal komedi, Muzikal Lawak Superstar di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur semalam.
Elly menganggap perkahwinannya kali ini merupakan perkahwinan kali pertama dan mengimpikan untuk mengadakan majlis perkahwinan yang lebih besar dan meriah.
“Saya anggap ini perkahwinan pertama saya. Apa saja yang saya tak pernah rasa sebelum ini, saya akan buat dalam majlis kali ini.
“Perkahwinan sebelum ini berlangsung ketika mama saya baru saja meninggal dunia. Majlis pun dibuat di surau sahaja. Kalau boleh kali ini saya teringin nak rasa yang meriah sedikit. Kebetulan bakal suami pun tak pernah berkahwin lagi,”
– Elly Mazlein
Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun jodoh mereka tidak panjang apabila disahkan bercerai talak satu pada 15 Oktober 2015.
Hasil perkahwinan, Elly dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: KopiPlanet.com