Elly Ariffin berkata kejadian itu berlaku dua tahun lalu dimana dia datang ke rumah ustaz tersebut seorang diri untuk tujuan berubat.
Menurut Elly, ustaz tersebut adalah individu yang sangat dipercayai dan rapat dengan keluarganya dan tidak terfikir akan berlaku kejadian yang tidak elok.
Apa yang mengejutkan, Elly mendedahkan ustaz berkenaan bertindak meraba bahagian badannya dan bahagian bawah alat sulit ketika dia dalam keadaan separuh sedar.
Dalam pada itu, Elly berkata ustaz berkenaan urut berpesan kepadanya untuk tidak bercerita kepada keluarga mengenai kejadian tersebut.
Sementara itu, pelakon berusia 34 tahun itu berkata dia telah pun membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan ustaz itu mengaku bersalah.
“Saya buat laporan polis tiga hari selepas kejadian itu. Dia telah didakwa dan dia mengaku bersalah dekat mahkahmah. Dia juga sudah bayar denda. Jadi kes ini telah ditutup sebab dia tak nak panjangkan lagi isu ini.
“Saya simpan dendam sampai sekarang, tapi saya tak nak ingat dah sebab sampai sekarang masih trauma dengan kejadian itu. Setiap kali teringat saya akan menggigil tapi lama-lama saya cuba cari jalan untuk atasi perkara ini. Sebab itu saya nak sangat cerita dekat semua dan bagi awareness dekat korang,” katanya.