Ella atau nama sebenar, Nor Zila Aminuddin membuat pengumuman itu melalui perkongsian video di Instagram (IG).
“Kita semua sedia maklum dengan berita sedih yang sedang berlaku di bumi Palestin. Ella amat sedih dengan apa yang sedang terjadi.
– ELLA
“Seperti anda, Ella cuba bantu sebaiknya apa yang terdaya. Oleh itu, kami akan salurkan sumbangan sebahagian daripada hasil jualan tiket konsert kepada tabung Cinta Gaza Malaysia buat meringankan beban penduduk Gaza,”
Ella bakal mementaskan Konsert Ella Jilid Akhir Puteri Kota di Spice Arena, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Sabtu depan.
Ella juga berharap peminat yang hadir pada konsert di Pulau Pinang memberi sokongan terhadap rakyat Palestin yang sedang bertarung nyawa menentang kekejaman tentera Israel.
“Saya harap anda semua dapat doakan keselamatan dan kesejahteraan saudara kita di sana. Dengan rasa rendah diri, kami selaku penganjur sudah bersetuju untuk berkongsi solidariti bersama Palestin.
– ELLA
“Bertemakan Glam Rock Solidariti Palestin (pada konsert di Pulau Pinang), ayuh kita tunjukkan kebersamaan dan kasih sayang buat mereka,”
Konsert Ella Jilid Akhir Puteri Kota Edisi Utara adalah siri jelajah ketiga selepas Kuala Lumpur dan Singapura.