in ,

Ella, Botok, Vitamin C, Braces dan Michelle Wee Melodi

Lama betullah Budiey tak jumpa dengan satu-satunya Ratu Rock Malaysia yang bernama Ella ni. Selepas gossip antara Budiey dan Ella lenyap di muka bumi tahun lepas, Budiey tidak berani lagi nak dekat dengan Ella. Takut terkena badi lama.

Budiey masih takut dikatakan bakal suami Ella berikutan sekeping gambar Budiey dan Ella tersebar di serata Malaya. Buat malu Budiey je kan. Huhu… sampai kan masa Budiey jumpa dengan Ella dan Jojie di Majlis Pernikahan Ning Baizura dan Omar malam tu pun, Budiey tak nak bergambar dengan Ella. Serik dah Dek Non!

Betul Ke Ella Guna Botox?

Sebenarnya, ramai yang terkejut dengan imej wajah Ella yang semakin muda dan jelita. Dah tak banyak ada kedut kat mata dia. Mungkin dia make up tebal kot malam tu. Tak kurang yang cakap, Ella cucuk botok kat muka dia. Jadi lain macam je tengok muka dia. Memang makin muda dan semakin remaja kulit Ella. Cun melecun. Gigi Ella pun dah pakai braces, pengikat gigi. Alah, lantak dialah nak cucuk botoks ke, nak inject vitamin C ke, yang penting dia nak jaga periuk nasi dia. Semua tu duit dia kan. Nanti kalau muka dah berkerepot, sape nak kasi dia nyanyi lagu rock kat private function? Itu dia punya pasallah, dia punya periuk nasi. Penampilan kena jaga, beb!

Michelle Oh Michelle!

Sejak bercerai dengan Ella, Budiey cuba nak try test pulak berbaik-baik dengan seorang hos yang meletop-letop di pasaran nih… Bukan apa, saje nak berguru dengan dia bagaimana nak buat gossip dan bersedia untuk buat soal jawab dengan artis. Bagaimana nak reka soalan biar kasi power. Kasi menyengat dan pedas. Sinis dan macam perli artis tu sendiri. Bukannya senang kerja macam dia nih. Kalau korang selalu tengok Melodi TV3, korang mesti kenal dia.

Ini dia gambar Budiey dan hos yang Budiey maksudkan masa kat Majlis Sanding Ning malam tu. Huhu, siap bersalaman pulak tu macam nak raya ek… ye la raya cina kan nak dekat. Hehe!

Nama dia Michele Yeoh.. ops sorry… Michelle Wee sebenarnya. Budiey suka dengan cara Michelle soal dan temu ramah artis. Kekadang buat artis tu sakit hati pun ada. Kekadang penonton yang dengar pun rasa sakit hati. Memang ada yang tak suka dengan gaya Michelle. Tapi Michelle kata, pedulik apa kata orang, yang penting aku buat kerja. Soalan Michelle pun bukan main pedas jugaklah kalau korang selalu tengok Melodi kat TV3 tuh.

Korang jangan cuba-cuba nak buat cerita yang bukan-bukan ya. Tak yah nak buat spekulasi apa-apa. Michelle ni memang manja dengan sesiapa pun. Huhu…

Ramai yang tanya Budiey, Michelle Wee ni Islam ke? Kalau korang nak tahu, Michelle bukan penganut agama Islam. Ni mesti korang yang sibuk tanya ni selalu tengok Melodi masa pengebumian artis meninggal, selalunya Michelle akan pakai tudung. Baru-baru nih, masa Loloq meninggal pun Michelle pakai tudung. Alah, masa Ning Kahwin kat Masjid di Bangsar hari tu pun Michelle pakai tudung. Biasalah, tanda hormatlah la tu… sesuaikan pakaian dengan majlis. Masjidkan tempat suci. Huhu… tapi memang comel dan manis kan kalau Michelle pakai tudung? Ni semua impak dari peristiwa 3 tahun lepas, katanya. Budiey masih ingat lagi peristiwa 3 tahun lepas di mana Michelle pakai skirt masa buat liputan kematian Bad Latif. Lepas tu, ada orang komen dan kutuk Michelle macam-macam sebab tak hormat majlis.

Tapi Budiey rasa, kira okaylah cara Michelle pakai tudung tu. Ada sesetangah artis yang beragama Islam nih yang tak tahu nak tutup aurat. Ada sesetengah artis tu masa pergi masuk masjid atau ziarah kematian hanya memakai pakaian berkain jarang, malah ada yang tidak mengenakan tudung. Camna tu? Yelah, kiamat dah dekat nak buat camna.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

INCUBUS

Najwa, Incubus, John Legend & Search di Konsert Sunburst KL

Promosi Awal Tiket Konsert SunBurst Kuala Lumpur 2008