Perkara itu turut mendapat perhatian Elfira Loy yang menggesa orang ramai mengambil suntikan dos penggalak sekiranya ingin keluar bertemu individu lain.
Menerusi perkongsian di Insta Story itu, Elfira Roy turut pelik dengan sikap segelintir individu yang tidak percaya dengan jumlah peningkatan kes harian Covid-19.
“Saya tidak faham mengapa terdapat sesetengah orang tidak percaya dengan nombor (kes harian) sedangkan hampir setiap hari ada sahaja orang di sekeliling saya dijangkiti. Sepertinya hampir setiap hari saya lihat ada yang disahkan positif atau menjadi kontak rapat,†tulisnya.
– Elfira Loy
Kata Elfira lagi, pembantu peribadinya turut disahkan positif Covid-19 baru-baru ini. Ujarnya lagi, tidak mengapa jika tidak mahu mengambil dos penggalak tetapi jangan keluar melepak di tempat sesak.
“Sekarang pembantu peribadi saya juga dijangkiti ketika jadual kerja sangat padat. Jika anda menolak dos penggalak tidak mengapa tetapi jangan keluar melepak di tempat yang sesaklah. Jika anda nak lepak, tolong ambik suntikan doa penggalak,â€
– Elfira Loy