Kemuncak SHOWDOWN 2011
Kumpulan ELECOLDXHOT muncul sebagai Juara program realiti “battle dance” SHOWDOWN 2011 malam tadi. Berlangsung di i-City, Shah Alam, kumpulan itu yang dianggotai lima jejaka yang terdiri daripada Ooi Kok Wei, Yin Zhen Huang, Yap Jin Hou, Ang Joo Yee dan Lin Yit Zhou membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000.
Menampilkan persembahan bertenaga yang penuh emosi dan bersatu dalam gerak, kumpulan yang berasal dari Kuala Lumpur itu menewaskan kumpulan HMC PHLOW di “battle round” selepas penyingkiran kedua dilakukan.
Sebanyak empat kumpulan bertanding di peringkat akhir program realiti “battle dance” tersebut yang turut disiarkan secara langsung di saluran 8TV dan secara online.
Terbahagi kepada 2 pusingan, kumpulan ROKUSTEPS tersingkir selepas pusingan pertama setelah gagal mengumpul jumlah undian yang cukup untuk mara ke pusingan seterusnya dan tidak berpeluang untuk membuat persembahan. Manakala di pusingan kedua, kumpulan BOUNCE STEPPERZ pula tersingkir.
Peringkat akhir pertandingan tersebut dinilai oleh dua juri tetap iaitu Joe Flizzow dan Maple Loo. Pemenang ditentukan menerusi 100% undian SMS.
SHOWDOWN merupakan program realiti ‘battle dance’ terbitan stesen tv hip 8TV. Program yang cukup dikenali sebagai satu-satunya rancangan pencarian tarian kru jalanan yang tergempak di Malaysia kembali menggegarkan industri hiburan untuk mencari kru terbaik untuk musim kedua. Objektif rancangan ini diadakan adalah untuk membawa tarian jalanan ke suatu tahap yang lebih tinggi disamping mengubah persepsi masyarakat terhadap tarian ini.
SHOWDOWN telah membuka mata ramai pihak sekaligus membuktikan ia bukan program realiti yang biasa. Sejak kemunculan SHOWDOWN, program ini telah berjaya mengumpul ramai peminat dan telah membentuk satu fenomena baru dalam sejarah tarian tempatan. Ini boleh dibuktikan dengan kemenangan besar yang diraih dalam beberapa majlis anugerah di Malaysia.SHOWDOWN 2010 berjaya menggondol anugerah Program TV Popular di Shout! Awards 2010, Program Realiti Terbaik pada Anugerah Skrin 2010 dan Program Realiti TV Terbaik pada malam Anugerah Sri Angkasa 2010.
Sekali lagi kerancakkan melodi dan gerak tari unik dapat anda saksikan dalam sesi uji bakat SHOWDOWN 2011 yang telah diadakan di beberapa lokasi di Malaysia. Lebih daripada 100 kru telah hadir mencuba nasib sewaktu sesi ujibakat SHOWDOWN 2011 yang di adakan di beberapa lokasi terpilih di Malaysia. Hanya 12 kru terbaik telah dipilih untuk beraksi di pentas SHOWDOWN 2011 secara langsung selama hampir sembilan minggu.
Suasana di i-City, Shah Alam minggu lepas gamat dengan sorakan peminat apabila SHOWDOWN 2011 Hafiz mengumumkan bahawa tiada penyingkiran yang berlaku sekaligus melayakkan kru Top 4 ini ke pentas akhir THE FINAL SHOWDOWN!
Kini tumpuan diberikan sepenuhnya kepada Top 4 yang merupakan finalis SHOWDOWN 2011! Bounce Stepperz, Elecoldxhot, HMC Phlow dan Rokusteps masing-masing ternyata mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri dan mampu bergelar juara SHOWDOWN 2011 sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM50, 000!
Hari ini, nasib setiap kru terletak di tangan penonton sepenuhnya apabila juri tetap hanya mampu untuk memberikan komen. THE FINAL SHOWDOWN akan menyaksikan TOP 4 beraksi di pentas SHOWDOWN 2011 untuk mempamerkan persembahan terbaik mereka buat kali terakhir.
Kru yang mendapat undian terendah selepas persembahan pertama akan diundi keluar menjadikan tiga (3) kru bertarung ke set seterusnya. Selesai persembahan TOP 3, satu lagi kru yang mendapat undian terendah akan disingkirkan dari pentas SHOWDOWN 2011. Bagi menghangatkan lagi kemuncak perebutan kedudukan undian SMS, jumlah undian akan di `reset’ kepada `0’ sebelum TOP 2 meneruskan persembahan. Gelanggang sesi BATTLE akan menemukan Top 2 bagi menentukan juara sebenar SHOWDOWN 2011.
Keputusan sepenuhnya bergantung kepada jumlah undian SMS penonton. Anda mempunyai kuasa untuk menentukan kru yang layak untuk bergelar juara SHOWDOWN 2011! Untuk mengundi kru kegemaran, anda boleh menghantar SMS dengan menaip SD
SHOWDOWN 2011 sekali lagi mengalu-alukan penglibatan Joe Flizzow, penerbit album/rapper popular kumpulan Too Phat yang telah memenangi banyak anugerah industri, kembali memanaskan kerusi bersama kareografer/penari Sensasi terkenal – Maple Loo.
“Malam ini, 8TV menyiarkan secara langsung ke seluruh Malaysia THE FINAL SHOWDOWN tepat jam 9.30 malam. Ini merupakan sebuah rancangan pertandingan tarian jalanan terbesar yang pernah disiarkan di kaca TV di Asia Tenggara. Kami cukup berbangga menjadi platfom untuk bakat-bakat muda ini mempamerkan bakat masing-masing dan mengangkat tarian jalanan ke satu tahap yang lebih tinggi.” kata Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Stesen Televisyen Media Prima Berhad.
Izham menambah “Malam ini keputusan terletak di tangan penonton sepenuhnya untuk menentukan siapakah kru tarian terhebat di Malaysia! Kepada peminat-peminat semua jangan lupa mengundi kru kegemaran anda kerana segalanya terletak di tangan anda.”
“Hotlink teruja dengan kerjasama yang terjalin dengan SHOWDOWN 2011. Kerjasama ini tepat pada masanya, ketika kami baru sahaja melancarkan idea penjenamaan Hotlink yang baru iaitu, KINI ANDA BOLEH”. KINI ANDA BOLEH tercetus untuk menawan semangat masa kini. Pengguna kini mempunyai lebih kuasa dalam membuat pilihan dan mempunyai hubungan yang lebih baik berbanding sebelum ini. Memahami konsep ini, Hotlink kini memberi kuasa kepada para pelanggan kami untuk menikmati hidup, bekerja, bermain, berkolaborasi, berkongsi, serta pergi lebih jauh dan meluahkan ekspresi diri mereka dalam cara yang lebih inovatif dan mudah. Bersama Hotlink, kemungkinan dalam membuat pilihan kini tiada penghujungnya.
Justeru, SHOWDOWN 2011 adalah satu contoh terbaik bagaimana Hotlink telah membolehkan pelanggan-pelanggan kami meluahkan diri mereka melalui muzik dan tarian serta bersama-sama menunaikan impian mereka. Peserta-peserta pertandingan ini mempunyai impian untuk mengubah hidup mereka melalui tarian dan Hotlink memainkan peranan dalam menjadikan impian mereka satu kenyataan. Semangat dan keghairahan daripada pertandingan tarian ini dengan jelas menggambarkan kempen terbaru Hotlink iaitu KINI ANDA BOLEH dan menyerlahkan kesungguhan kami mengasah bakat-bakat muda dalam bidang hiburan dan muzik, kata Maurice Tan, Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Peribadi, Maxis Berhad.
Kami juga gembira untuk mengumumkan bahawa klip Video Tarian Jalanan pertama ini yang dilancarkan bersempena dengan SHOWDOWN 2011, telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada pelanggan-pelanggan kami. Produk ini membolehkan lebih ramai golongan muda Malaysia mengalami dan mempelajari gerak tarian terbaru pada bila-bila masa, di mana sahaja mengikut keselesan mereka sendiri, ”tambah Maurice.
Kami amat gembira mengenai peringkat akhir SHOWDOWN 2011 ini dan kami menantikan kehebatan bakat-bakat yang ada di kalangan rakyat Malaysia dan kami berharap para peserta tahun ini akan mempamerkan persembahan yang lebih mantap,” akhiri Maurice.
Jangan lupa untuk teruskan mengundi kru kegemaran anda! Siapakah yang bakal memenangi hadiah wang tunai RM 50,000 dan merebut gelaran Kru Penari Terbaik Malaysia? Saksikan SHOWDOWN 2011 , THE FINAL SHOWDOWN pada hari Rabu, 6 Julai 2011 jam 9.30 malam secara eksklusif di 8TV. 8TV juga boleh ditonton menerusi Astro di saluran 708.
SHOWDOWN 2011 dengan bangganya dibawakan oleh 8TV dan dipersembahkan oleh Hotlink selaku penaja utama dan Sony sebagai rakan penaja. Kami turut mengalu-alukan kehadiran Vitagen sekali lagi yang turut tampil menjadi rakan penaja. Program ini turut disokong oleh Office Make Up yang menaja tatarias dan juga Snips yang menjaga dandanan rambut peserta-peserta. Manakala stesen radio FlyFM dan majalah Just Dance!, Majalah tarian No.1 di Malaysia diangkat sebagai rakan media tahun ini.
THE FINAL SHOWDOWN juga sekali lagi akan memperlihatkan kelincahan Hafiz Hatim penyampai FlyFM untuk menjadi pengacara bagi rancangan paling hip ini. Bersedialah untuk menyaksikan persembahan oleh kru penari jalanan Malaysia di dalam THE FINAL SHOWDOWN di mana aksi tarian sebenar berlaku.
Beberapa persembahan menarik menanti anda pada malam THE FINAL SHOWDOWN ini. Malam ini kita dapat menyaksikan gandingan penari-penari lama dengan generasi baru mewarnai pentas SHOWDOWN 2011. Giller Battle kru yang merupakan naib juara SHOWDOWN 2010 akan menyerikan malam bergandingan dua penari cilik B-boy dari JB Breakerz yang akan menghiburkan anda dengan ‘skill’ dan aksi yang hebat. Floor Fever pula akan bergandingan dengan penari genit dari Leeleesm yang pasti memukau anda dengan gerak tari yang kreatif.
SHOWDOWN 2011 telah menemui anda setiap Rabu jam 9.30 malam sejak 6 April 2011 yang lepas secara eksklusif hanya di stesen hip 8TV. Bermula pada 4 Mei 2011 SHOWDOWN 2011 telah bersiaran secara LIVE dari Ruang Terbuka (bertentangan dengan Snowalk) di i-City Shah Alam dan di sinilah segala-galanya bakal bermula.
Setiap minggu penonton akan dapat berkongsi rasa suka duka perjalanan kru-kru ini dan mengalami debaran akan pengumuman empat (4) kru yang mendapat undian SMS paling bawah yang ditentukan sendiri ditangan rakyat Malaysia. Empat (4) kru ini akan berhadapan dengan situasi BATTLE, di mana mereka perlu bertarung dengan skil tarian masing-masing untuk memenangi hati juri. Kru yang lemah akan dihantar pulang.
Pelbagai kisah-kisah sebalik tabir, gosip dan info dapat dilihat menerusi mengenali SHOWDOWN 2011 Diaries…From the Streets yang disiarkan setiap hari Selasa, jam 11.30 malam bermula 3 Mei 2011.
Saksikan kehebatan gerak tari energetik, teknik `spin’ dan ‘stunt’ yang akan mereka pamerkan khas buat peminat-peminat dan mereka yang ingin mengenali mengenai tarian jalanan. Semua ini dapat anda saksikan hanya di 8TV atau menerusi Astro di saluran 708.
Interaktiviti dan isi kandungan laman sesawang SHOWDOWN 2011 juga menunjukkan perubahan yang besar tahun ini. Peminat-peminat berpeluang mendapatkan info-info terkini mengenai program, peserta dan muat turun dengan melayari laman sesawang SHOWDOWN2011 di http://www.8tv.com.my/showdown/2011/ . Apakah yang menarik dan terbaru tentang laman ini?
Anda bukan sahaja dapat mengenali dengan lebih dekat kru TOP 12 anda, bahkan peminat juga berkesempatan mendapatkan tip-tip tarian melalui video dari pakar tarian seperti Byron Carter dari Amerika dan BBoy China dari Thailand.
Hanya tekan `LIKE’ di laman muka Facebook kru penari kegemaran anda, seterusnya anda akan memperolehi laman Galeri Video dengan meluasnya (video yang tidak pernah dipaparkan di TV sebelum ini, episod program SHOWDOWN 2011, episod-episod terbaru SHOWDOWN 2011 dan juga diari mingguan) dan Galeri Gambar (sesi ujibakat, `Meltdown’ & kisah-kisah belakang tabir) serta banyak lagi. Satu lagi yang pasti bakal menarik perhatian adalah pengenalan aplikasi interaktif `The Flippin Tournament’ dan anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik!
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan program-program 8TV kegemaran anda dengan melayari laman sesawang www.8tv.com.my. Apa yang lebih menarik lagi SHOWDOWN 2011 boleh ditonton oleh peminat dari luar negara menerusi www.tonton.com.my. Anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini di www.facebook.com/8TVshowdown. Kini anda juga boleh menonton program-program kegemaran anda di m.tonton.com.my menerusi telefon bimbit anda! Pastikan anda menjadi saksi kepada gerak tari baru yang kreatif dan teknik luar biasa peserta-peserta SHOWDOWN 2011.
Andakah anda seberani mereka?