Terbaru, Penasihat Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar meminta orang ramai untuk tidak sesekali meninggalkan anak mereka di dalam kereta.
Dr Zainal menyuarakan kebimbangan itu kerana kanak-kanak lebih terdedah dengan strok haba hanya dalam tempoh yang singkat.
Paling penting sekali ia memberi kesan kepada golongan kanak-kanak terutama kanak-kanak kecil atau bayi.
– Datuk Dr Zainal Ariffin Omar
Jika gejalanya ringan mungkin kita rasa terlalu panas, pening kepala, rasa nak pitam atau loya tetapi kalau peringkat yang serius ia boleh membawa kepada strok haba, pengsan dan tidak sedarkan diri.
Beliau juga meminta orang ramai untuk tidak memandang ringan mengenai fenomena cuaca panas yang mampu membahayakan nyawa terutama buat warga emas dan pesakit kronik.
Sebelum ini, negara kita dikejutkan dengan berita empat sekeluarga dipercayai pengsan akibat kekurangan oksigen dan menyebabkan kenderaan dipandu merempuh Plaza Tol Bentong.
Mangsa dipercayai suami isteri bersama dua orang anak perempuan ditemui selamat ketika dibantu oleh pasukan perubatan dan pihak pengurusan lebuh raya.
Hati-hati dengan cuaca panas sekarang semua!