in ,

Kejutan Buat Insan Tersayang Dalam EKSPRESI KASIH

Kejutan Buat Insan Tersayang Dalam “Ekspresi Kasih”, di TV Okey (Astro 109)

Sebuah program khas bertajuk “Ekspresi Kasih” bagi menghargai ibu bapa yang telah banyak berjasa kepada anak-anak mereka yang dibuat secara kejutan sedang bersiaran menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Dalam 13 episod yang disiarkan setiap Isnin, pukul 11.00 pagi di TV Okey (Astro 109), pengacara Ashraf Muslim akan menemui dan berbincang bersama anak-anak daripada satu keluarga yang dipilih bagi membuat suatu kejutan yang agak luar biasa kepada ibu atau bapa ataupun kedua ibu bapa sebagai satu penghargaan atau cara membalas budi dan jasa orang tua mereka yang telah banyak berkorban untuk membesarkan mereka selama ini.

EKSPRESI KASIH DI TV OKEY

Episod pengenalannya Ashraf ke Sungai Buloh, Selangor bagi menemui keluarga Puan Enon binti Sujak yang ingin membuat kejutan kepadanya. Setelah berbincang, mereka mengambil keputusan untuk membawa Puan Enon menaiki helikopter di Taman Tasik Titiwangsa bagi membolehkan Puan Enon menikmati panorama bandar raya Kuala Lumpur.

Seterusnya Ashraf ke Pinggiran Bukit Jalil bagi menemui anak-anak En. Mahmud bin Abu yang ingin membuat kejutan kepada ibu bapa mereka sempena ulang tahun perkahwinan ke 34. Mereka membuat keputusan untuk menyediakan makan malam bagi ibu bapa mereka di atas bot.

Episod berikutnya membawa penonton ke Putrajaya untuk mengaturkan kejutan kepada Pn. Rodziah Abd. Mutalib. Mereka menetapkan untuk membuat kejutan dengan menjemput artis kegemaran emak mereka iaitu Hail Amir untuk datang ke rumah memandangkan emak mereka adalah peminat tegar Hail Amir.

Kunjungan ke Balakong menemui Puan Noor Faiza binti Abdul Rahim dan anak-anaknya yang ingin membuat kejutan kepada ayah mereka, En. Abdul Rahman bin Rosli. Mereka berbincang mereka membuat keputusan untuk menemukan ayah mereka yang merupakan peminat tegar muzik rock dengan seorang pemain gitar profesional iaitu Izo XPDC dan ‘jamming’ bersama Izo. En. Rahman merasa sungguh teruja dapat berjumpa dengan pemuzik yang dianggapnya sebagai ‘legend’.

Ada juga episod merealisasikan hasrat isteri dan anak-anak kepada En. Silahudin bin Ahmad untuk membuat kejutan kepada ayah mereka. Mereka ke Seri Kembangan untuk berbincang dan membuat perancangan untuk membeli semula sebuah motosikal Vespa kesayangan ayah mereka yang terpaksa dijual suatu ketika dahulu. Anak sulung keluarga ini yang juga perancang utama, El Ilham telah menemui semula

Ashraf sekali lagi ke Presint 9, Putrajaya untuk berjumpa dengan Raudzah binti Ismail bersama adik-beradik dan abang iparnya. Mereka merancang untuk membuat kejutan kepada abah dan emak mereka iaitu En. Ismail bin Ibrahim dan Pn. Rohani binti Bedah sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-46.

Ashraf Muslim dalam salah satu episod Ekspresi Kasih

Saksikan juga episod anak yang menemukan ibu ayah mereka dengan idola pemain badminton negara iaitu Roslin Hashim, menganjurkan ‘candle light dinner’ untuk ayah dan emak mereka di Port Dickson, dan kejutan kepada abah dan emak dengan mengadakan perjumpaan keluarga memandangkan mereka adik-beradik serta abah dan emak tidak pernah berkumpul bersama.

Demi merapatkan lagi ikatan kekeluargaan, episod berikutnya membawakan kejutan sempena hari jadi ayah mereka iaitu En. Rosli bin Mansor yang telah kehilangan isterinya sejak dua tahun lepas. Anak-anak mahu ayah mereka ceria semula dengan mengaturkan kejutan untuknya. Situasi itu membuatkan dia berazam untuk bangkit kembali demi anak-anaknya.

Turut direalisasikan impian Nur Liyana binti Fauzi membuat kejutan kepada ayah dan emaknya sempena hari jadi emaknya tetapi perancangan itu tidak menjadi kerana ayahnya balik kerja awal. Nur Liyana, ayahnya dan seorang emak saudaranya telah berbincang dan mengambil keputusan untuk mengundang artis menyambut hari jadi emaknya di rumah.

Episod akhir mengadakan kejutan persandingan semula untuk ayah dan mama yang diaturkan dengan jayanya oleh anak-anak mereka. Perasaan mereka juga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana kesungguhan yang dilakukan anak-anak mereka.

Ashraf Muslim bersama pasangan yang disandingkan semula oleh anak-anak mereka1

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elfira Loy Bertunang, Ini Reaksi Sufian Suhaimi

MPO Persembahkan Legasi Muzik Tempatan SEMALAM DI MALAYA