in

Eksplorasi Gunung Pertama Malaysia

EKSPLORASI GUNUNG : DOKUMENTARI PENGALAMAN DATUK KHALID YUNUS DI TV1
Radio Televisyen Malaysia (RTM) sentiasa menampilkan variasi dalam program-program yang disiarkan menerusi stesen salurannya.

Ternyata kerana pendekatan yang diambil inilah berjaya menyumbang kepada kepuasan dan kesetiaan penonton untuk terus bersama RTM. Apatahlagi ketika ini seluruh dunia rancak meraikan tibanya Tahun Baharu 2011 dimana RTM juga turut tidak ketinggalan dalam menjanjikan banyak lagi variasi program menarik sepanjang tahun ini.

Mulai 4 Januari 2011 ini, RTM bakal berkongsi dengan penonton program Eksplorasi Gunung pertama Malaysia dengan penampilan Raja Gunung Malaysia, Datuk Khalid Yunus setiap Selasa, jam 9.30 malam di TV1.

Sepanjang 13 episod siarannya, penonton yang meminati aktiviti lasak mendaki gunung berpeluang berkongsi pengalaman Datuk Khalid Yunus dalam pendakian yang mencabar dan lasak, ujian ketahanan mental dan fizikal, memahami gaya hidup sehat, menyelami rahsia alam semula jadi dan misi penerokaan yang mangagumkan beliau.

PIC EKSPLORASI GUNUNG DI TV1

Menerusi episod pengenalannya, penerokaan gunung dilakukan di kawasan pergunungan tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu, Sabah untuk menjejak Ericocus Kinabalu. Mendaki sambil meneroka khazanah alam semulajadi bersama Raja Gunung Malaysia, Dato Khalid Yunus mendedahkan kepelbagaian tumbuhan yang di temui pada tahap ketinggian di bawah 3000 meter dari aras laut. Antara tumbuhan yang di temui ialah paku pakis yang mempunyai ketinggian 15 meter, kumpulan tubuhan orkid dan pelbagai sepsis tunbuhan lain. Turut dipaparkan adalah lawatan ke stesen penyiar RTM di layang-layang selain beberapa tips-tips pendakian.

Kemudiannya pendakian dan penerokaan Gunung Kinabalu diteruskan setelah berehat di pondok layang-layang untuk menjelajah Zon Ultramafik. Penemuan tumbuhan paling unik di Kinbalu iaitu periuk kera atau napantes rajah antara tumbuhan periuk kera paling besar di dunia turut dipaparkan. Paparan pembawa barang iaitu porter dan jurupandu arah atau Guider di terangkan semasa pendakian begitu juga para pekerja yang bekerja di kawasan laban rata.

Saat mengujakan apabila mereka melakukan Penerokaan Laluan Besi Di Rabung Kinabalu dimana Datuk Khalid Yunus dan rakan-rakan pendaki menerokai laluan besi tertinggi di dunia iaitu Via Ferrata Kinabalu. Pengalaman berada diawang-awangan antara laluan besi dan batuan granit yang memaut kami sungguh mengujakan hasil kreativiti Mountain Torq Sdn Bhd. Pelbagai tips dan panduan mendaki di laluan ini turut di paparkan sebagai maklumat penonton.

Pendakian terakhir di Gunung Kinabalu yang memaparkan kepayahan para pendaki menawan Bumbung Asia Tenggara puncak Kinabalu yang dilakukan pada awal pagi. Namun segala keletihan yang dialami terubat setelah melihat pemandangan indah matahari terbit serta keajaiban fenomena peralihan siang dan malam tatkala bulan dan matahari berada pada kedudukan sama. Penerokaan di kawasan puncak kinabalu menemui pelbagai kejadian alam semulajadi antaranya pembentukan batu yang menyerupai pelbagai objek serta pemandangan terindah dari bumbung Asia Tenggara.

Kemudiannya aktiviti pendakian diteruskan ke negeri Pahang pula bagi menyingkap Tinggalan Kaum Temuan. Di Gunung Rajah yang terletak di Bentong, Pahang sememangnya menyimpan pelbagai khazanah rimba yang mempunyai nilai tradisional tinggi serta cabaran pendakian sukar amat diminati para pendaki tegar. Kawasan pergunungannini masih dihuni oleh perbumi temuan dan didakwa mempunyai pantang larang tertentu. Pastinya pengalaman pendakian yang sukar selain dikelilingi pepohon menghijau memberikan anda anjakan perpekstif baru.

Episod seterusnya Datuk Khalid Yunus bersama rakan-rakan pendaki meneroka ke dalam gua-gua batu kapur di kawasan terpencil Kelantan di daerah Dabong. Masih dikawasan gunung, penerokaan gua seperti gua gelap, gua keris, gua pagar dan gua ikan memberi satu pengalaman yang berbeza. Penemuan-penemuan sepsis seranggan yang jarang dijumpai turut dipaparkan selain pelbagai bongkahan batu yang menyerupai pelbagai objek.

Keindahan Air Terjun Jelawang yang juga merupakan salah satu air terjun tertinggi di Asia sempat dikunjungi mereka. Memiliki keistimewaannya yang tersendiri yang tidak pernah lekang dek zaman, Datuk Khalid bersama rakan-rakan pendaki meneroka khazanah alam semulajadi di kawasan air terjun ini. Antara tempat yang berjaya diterokai ialah batu hamper, gua rantai, air terjun kolan puteri, air terjun telaga tujuh dan air terjun dua gunung.

Destinasi pendakian ke Puncak Gunung Stong juga berjaya direalisasikan. Penemuan pelbagai flora dan fauna yang unik dipaparkan di sepanjang pendakian antaranya ialah tumbuhan Halia hutan, Pokok Palas, Buah Rotan, Kura-kUra Gunung dan sebagainya. Team ekslporasi gunung buat pertama kalinya berkhemah di Gua Li yang unik di mana terdapatnya pokok balak yang tertanam di atasinya. Penerokaan menjadi semakin getir tatkala pendaki terpaksa menempuh laluan yang mengelirukan yang dikenali sebagai laluan ‘Lingkaran Naga’.

Untuk berkongsi pengalaman yang bukan calang-calang ini, pastikan anda meluangkan masa menyaksikan Eksplorasi Gunung pada setiap Selasa, jam 9.30 malam di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Harris Juara Idola Kecil 3

Detik 12 Malam Bongkar Kisah Misteri