in ,

Drama Ekspedisi Cinta Lakonan Shah Jaszle & Lia Natalia

Antara daya tarikan drama arahan Haris Kadir bertajuk “Ekspedisi Cinta” pastinya keindahan dan ketenangan kawasan perkampungan nelayan di Semporna, Sabah yang dijadikan lokasi penggambaran drama ini. Begitu juga plot kisah cinta yang ditonjolkan juga berbeza tanpa menimbulkan isu kisah cinta segi atau gadis yang menjadi rebutan jejaka.

.

“Ekspedisi Cinta” Shah Jaszle dan Lia Natalia Mengisi Slot Citra Di TV2

Menampilkan gandingan pelakon Shah Jaszle dan Lia Natalia, selain turut dibantu oleh Hafizuddin, Jasmin Hamid, Zarynn Min dan Marlin Malalin, telemovie mengisi slot Citra ini menemui penonton pada 23 Februari ini, pukul 10.00 malam di TV2.

Ikuti perjalanan kisah Hadif Anaqi anak kepada Datuk Malek dan Datin Jasmin, ahli perniagaan yang baik dan berjaya. Hadif mempunyai seorang kakak, Malisa. Perbezaan sikap Malisa dan Hadif jelas ketara namun mereka tetap akrab. Hadif sering menggunakan Malisa sebagai orang tengah meminta apa saja kemahuan yang diinginkannya. Hadif adalah anak yang terlalu manja dan sentiasa mahukan kesenangan dalam hidupnya sementara Malisa telah diajar cara-cara berdikari dan berdisplin sejak dari kecil lagi. Malisa lebih lemah lembut dan bersopan santun, mirip Datin Jasmin.

Walaupun Datuk Malek dan Datin Jasmin mempunyai nama dan pangkat, namun mereka juga terkenal dengan sifat baik hati dan suka membantu mereka yang memerlukan. Ini kerana Datuk Malek dan Datin Jasmin sama-sama pernah melalui kesusahan dan hidup susah satu ketika dulu.

Hadif yang baru pulang melanjutkan pelajaran di luar negara masih berterusan dengan sikap suka berhibur dan nakal. Datuk Malek dan Datin Jasmin hampir hilang pertimbangan melihat ataupun mendengar perilaku anaknya. Memikirkan sikap Si Hadif yang sudah tidak boleh dikawal lagi, Datin Jasmin telah mencadangkan kepada suaminya supaya mencarikan jodoh yang tepat buat Hadif. Dengan cara itu diharapkan Hadif dapat belajar bertanggungjawab dan berdikari dalam membangunkan keluarganya sendiri selain menggelakkan ramai lagi gadis bakal dianiaya Hadif.
Maka Datuk Malek dan Datin Jasmin telah membuat perjanjian dengan Hadif mengenai perkara itu. Mereka telah menyuruh Hadif mencari jodoh dan berkahwin dengan gadis yang dipilihnya dalam masa satu bulan. Jika tidak, segala kemewahan yang Hadif kecapi sekarang akan ditarik balik. Selain itu, ikatan perkahwinan yg dibina mestilah lebih dari setahun dan jika lebih, Hadif akan mendapat apa saja yang dimahukannya.

Tiba-tiba Hadif dikejutkan dengan tiket kapal terbang ke Sabah. Dalam diam Malisa telah mengatur rancangan untuk mengubah sikap Hadif. Muncul Damek, lelaki Sabah yang diupah kakaknya telah membawanya ke sebuah perkampungan kecil di, Samporna. Segala bayangan tempat percutian yang bakal di rasainya jelas berbeza. Damek memaklumkan Malisa telah mengarahkannya menghantar Hadif disitu dan belum sempat untuk bertanya lebih, Damek telah pergi. Hadif ditinggalkan di perkampungan itu sendiri.

kehidupan nelayan di Semporna Sabah

Sehinggalah satu hari, dia bertemu secara tidak sengaja dengan Erina, gadis berasal dari kampung di situ. Pertemuan pertama jelas tidak disukai Erina yg menganggap Hadif anak kota yang kurang ajar. Hadif masih dengan egonya. Namun secara perlahan-lahan Erina mula simpati dengan Hadif. Dia melihat bagaimana Hadif cuba mencari makanan dengan menangkap ikan menggunakan caranya yg sendiri. Jelas Hadif sangat terdesak untuk mendapatkan ikan bagi mengisi kekosongan perutnya. Sejak itu, Erina mula mendekati Hadif. Permulaan masih menunjukkan sikap jual mahal Hadif terhadap Erina. Hadif juga pernah hampir dituduh mahu mencuri wang hasil tangkapan laut orang kampung namun berjaya diselamatkan Erina.

Akhirnya bibit-bibit cinta mereka mula berputik sejak Hadif menyelamatkan Erina yang hampir lemas di pantai. Disitu, Hadif mengakui Erina gadis istimewa dan dia nekad mahu membawa Erina bertemu dengan ibu bapanya.

Namun siapakah Erina yang sebenarnya? Apakah kaitan antara Erina dengan Malisa? Dapatkah keluarga Hadif menerima Erina?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

babak mencuit hati dalam drama ini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri KERAMBIT Arahan Zul Huzaimy

Pemain Bola Sepak Remaja Ke Londoh Berlatih Bersama QPR