Berita ini turut dilaporkan oleh beberapa buah portal hiburan. Menurut laporan portal terbabit, Nabila dikatakan memfailkan perceraian apabila memuat naik sekeping foto dipercayai diambil di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta, di Instagram Story miliknya.
Malah, wanita berkenaan juga didakwa memuat naik status yang dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga.
Akui Sharnaaz, dia tidak tahu apa yang perlu dijelaskan mengenai perkara itu kerana dirinya sendiri kini dalam kebingungan.
Bertemu media sejurus selepas tayangan filem WANGI lakonan Sharnaaz dan Erra Fazira, pelakon popular ini mengambil pendekatan enggan mengulas lanjut mengenai status rumah tangganya bersama isteri, Noor Nabila Mohd Noor.
Menurut aktor kelahiran Pulau Pinang itu, dia bimbang sekiranya sebarang kenyataannya akan mengeruhkan lagi keadaan selain demi menjaga hati keluarga kedua belah pihak.
“Walau apapun yang berlaku, Jebat tetap akan berada di sisi sampai saya menutup mata,”
Sharnaaz Ahmad mengulas gosip mengatakan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor, memfailkan perceraian seperti dilaporkan sebuah portal hiburan.
Akui Sharnaaz, dia tidak tahu apa yang perlu dijelaskan mengenai perkara itu kerana dirinya sendiri kini dalam kebingungan.
“Buat kali pertama dalam hidup, saya tidak dapat hendak mengungkapkan perasaan sendiri, ketika ini.
Saya bagai kehilangan kata-kata dan tak tahu nak cakap apa. Saya rasa kosong.
“Apa yang terbayang dalam fikiran adalah anak saya. Itu sahaja,”
– Sharnaaz Ahmad
Malah, wanita berkenaan juga didakwa memuat naik status yang dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga.
Ditanya penjelasannya berhubung dakwaan terbabit, Sharnaaz yang bakal muncul dengan filem terbaru, Wangi, menyerahkan kepada takdir untuk menentukan segala-galanya.
“Tiada apa yang boleh saya ulas. Biarlah masa yang akan menceritakan semuanya. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi Nabila sendiri,”
– Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz menyerahkan kepada takdir untuk menentukan segala-galanya.
Sebelum ini, perkahwinan antara Sharnaaz dan Nabila dikatakan pernah berdepan masalah. Namun, perhubungan mereka dilihat semakin pulih, sejak Februari lalu.
Shahnaaz mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada 31 Mac 2017 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden yang hari ini genap berusia setahun.