Entri ini sambungan dari entri: Eksklusif: Sekitar Belakang Tabir Pembikinan Filem Malaikat Maut – Part 1 Sila klik untuk mendapatkan kesinambungan cerita. Nantikan korang tak faham pulak…
Mula-mula, sebelum pengambaran bermula, pelakon disolek oleh dua orang jurusolek berpengalaman. Sorang tukang solek dan sorang lagi tukang betulkan rambut.
Gambar: Nana disolek dengan tona-tona gelap dan gothik melambangkan jiwa seorang gadis black metal yang hidup dalam dunia yang gelap.
Peranan solekan adalah penting dalam penghayatan watak sebagaimana pentingnya pakaian dan aksesori yang dikenakan oleh seseorang pelakon.
Solekan awal untuk Que Haidar.
Awal Ashaari juga disolek dengan warna gothik yang agak garang. Mata Awal jadi bertambah besar dengan lingkaran celak hitam. Juga terpaksa guna rambut tambahan (extension?)
Kelihatan Klubbkidd sedang beramah mesra dengan para pelakon. Jangan lupa korek gosip ya, Joe. Ehem… lawa tattoo…?
Mari kita belajar memakai anting-anting. Agaknya cam ginilah gaya minah black metal mengenakan aksesorinya. Anting-anting yang Sherry pakai tak berapa ganas sangat lah!
Ai, Awal pun kena pakai subang jugak? Subang dia ni pelik sikit. Subang kacing baju yang besi tu.
Memang dahsyat penangan filem ini nanti. Adik-adik dan abang-abang, jangan tiru gaya ini. Hanya lakonan semata-semata. Tidak ada kaitan yang hidup dan yang mati.
CERITA PASAL NANA
Menurut Nana, selepas berlakon dalam filem Gangster (juga arahan Bade Haji Azmi) lebih kurang 4 tahun lalu, Malaikat Maut adalah filem lakonannya yang terbaru. Selepas ini, Nana masih tidak ada perancangan dan tidak mahu menggalas komitmen dan terikat dengan mana-mana filem. Nana katanya akan merakamkan album bersama Zainal Alam Kadir di bawah label Alamorphosis selain sedang sibuk dengan jadual di konti Radio Era.
Nana juga mengaku dia tidak mempunyai kecenderungan untuk berlakon filem. Berlakon bukan jiwa sebenar Nana. Padahal saya rasa, Nana ada bakat dan boleh berlakon dengan baik. Mungkin Nana ingin menumpukan kepada bidang pengacaraan. Walau apa sahaja bidang yang Nana pilih, lakukan yang terbaik kerana dikemudian hari, segalanya akan dinilai oleh peminat anda.
Ketika ditanya adegan paling sukar untuk dilakonkan dalam Malaikat Maut, Nana mengaku adegan muntah paling mencabar. Nak kena kemam isi makanan dalam mulut dan keluarkan macam orang sedang mabuk. Memang meloyakan. Bukannya senang untuk menjadikan lakonan itu nampak real di layar. Kriteria inilah yang perlu dilaksanakan bagi memuaskan hati pengarah. Selagi pengarah tidak puas hati, selagi itu lakonan perlu dibuat berulang-ulang kali.
Setelah menghabis dua shot, Nana melenakan dirinya di atas kerusi. Pengambaran agak memenatkan bagi Nana. Malah bagi mana-mana pelakon pun. Namun, segala penat tidak dirasai sangat sekiranya minat dan keseronokan itu ada.
“Bukan penat apa, penat menunggu… nak tunggu kereta tu siap dipasang kamera… lepas tu, kereta tu kena pastikan betul-betul diikat di kren… alahai sikit punya lama. Tapi penat itu berbaloi kalau kita berjaya memuaskan hati pengarah dan penonton.”
Apa yang membuatkan Nana tertarik untuk berlakon dalam Malaikat Maut?
“Nana tertarik sebab jalan cerita ni nampak menarik. Tajuknya pun dah menimbulkan rasa seram. Tapi sebenarnya kalau tengok filem ni nanti, ianya bukanlah cerita hantu. Ia cerita pasal mati. Bagaimana mati itu memberi kesan dan menginsafkan kita. Banyak pengajaran dan mesej yang membina boleh diambil dari filem ini. Walaupun you all tengok kitorang bawa watak yang teruk macam ni, tapi yang penting at the end of the story, penonton akan tahu akibat dan kesannya memilih jalan sesat cam budaya black metal ni.”
Pengalaman paling seronok sepanjang pengambaran Malaikat Maut..? Nana kata dia seronok giler dapat kerja dengan pelakon cam Que dan Awal. Diorang sangat profesional dan enjoy sangat-sangat.
Gambar: Sherry sempat pose dengan gaya seorang minah black metalnya. Cakap pasal Sherry, dia ni memang pendatang baru dalam dunia lakonan. Sebelum ini Sherry giat terlibat dalam modelling dan iklan TV dan media cetak. Macam-macam iklanlah yang Sherry dah sebut… satu pun saya dah tak ingat. Lupa! Sorry yer Cherryy… eh Sherry.
Apa-apa pun wajah awak memang fotogenik dan cun habis!
Sherry memegang watak seorang gadis yang agak agresif bernama Anne. Anne ni satu geng dan berkawan rapat dengan Sabrina (Nana) dan Fendi (Awal).
Awal & Nana: Kitaorang kawan.
Ingat senang nak buat filem?
Ini dia gambaran yang akan anda lihat di skrin.
Scene terakhir. Kereta yang dinaiki oleh JJ ( Que Haidar), Sabrina (Nana), Fendi (Awal) dan Anne (Sherry) terjebak dengan kemalangan lalu terhumban ke dalam sungai.
Ehem…gagahnya abang nih… boleh angkat kereta tu…
Gayatri Su-lin Pillai selaku penerbit juga turut turun padang memberi semangat kepada para pelakon.
Pengarah sedang menonton kembali lakonan. Tak puas hati, kena ulang lagi dan lagi. Sampailah puas hati.
CERITA QUE HAIDAR:
Que Haidar banyak menceritakan pengalaman pahit manis hidup sebagai anak wayang. Perjalanan untuk sampai di tahap kejayaan Que yang sekarang kita lihat sedang laris di pasaran bukannya satu perjalanan yang mudah.
Pengalaman berlakon dalam Malaikat Maut memang luar biasa sekali. Watak JJ agak berat di mana Que terpaksa membayangkan bagaimana gambaran serta perasaan orang yang sedang koma dan pada masa yang sama terseksa menghadapi maut.
Que banyak berlatih dengan buat homework. Que selalu tonton drama dan filem. Bukan tengok dengan pandangan kosong, tapi Que banyak belajar bagaimana menghayati sesuatu watak.
Selain itu, Que ada baca buku-buku tentang Alam Barzakh. Sekali ingat tu, memang mengerikan juga. Elemen-elemen alam selepas mati inilah yang membuat kita sedar setiap yang hidup akan mati.
Selain menggunakan kren, kereta yang dinaiki pelakon juga ditarik oleh pacuan 4 roda ini.
Sinopsis Filem MALAIKAT MAUT:
Malaikat Maut diisi dengan tiga buah cerita yang berlainan. Satu cerita pasal black metal. Keduanya, cerita pasal gadis yang dirogol. Dan satu lagi… mmm… apa ek? Tak ingat la pulak. Tulah, lain kali bawa kertas dan pen. Tak reti-reti nak catit?
Sebenarnya saya tidak dibenarkan cerita banyak sangat pasal filem ini. Cukuplah sekadar saya mempromosikan filem ini. Nanti spoiler la pulak. Tak suspen pulak. Jadi, anda semua kena tunggu penghujung tahun ini…
Cerita yang Nana, Que, Sherry dan Awal tengah berlakon adalah cerita pasal JJ (lakonan Que Haidar) yang baru sahaja balik dari perantauan. Biasalah, sebab terpengaruh dengan budaya luar negara, tak ingat halal haram, semua redah je kan. Pergaulan bebas, minum arak apa semua tu cam biasa je bagi diorang ni. Kemudian, JJ pun ikut geng black metal. Samalah satu kepala dengan Sabrina (Nana), Fendi (Awal) dan Anne (Sherry).
Nak dijadikan citer, si JJ ni kemalangan. Lepas tu, JJ ni tak mati tau tapi dia mengalami koma. Pada masa dia koma tu, banyaklah gambaran ngeri berlaku… sebabnya kerana dosa terlalu banyak, susah sikit JJ ni nak mati. Oklah stop kat situ, korang kena tonton sendiri… Saya pun dah tak sabar nak tunggu tayangannya di pawagam.
Dengar citer, si Reza (penyampai Radio Era) pun ada berlakon dalam Malaikat Maut. Tetapi dalam cerita yang lain. Reza pegang watak budak yang soleh dan terpaksa melakukan sesuatu yang dia tidak suka. Kira macam dia ni terpaksa menjadi mangsa keadaan.
Selain Raja Farah dan Sabrina Hassan, pelakon Liyana Jasmay yang sebelum ni berlakon dalam filem Syaitan dengan watak gadis istimewa yang didera turut sama berlakon dalam Malaikat Maut.
Anda akan lihat nanti filem ini tidak seperti filem Bade sebelum ini. Maksud saya, anda jangan risau, filem ini tidak seperti filem Syaitan yang banyak mengundang pertanyaan dan soalan. Dalam Malaikat Maut, Bade tidak mahu berteka teki lagi.
Tapi ada misteri tu sikit-sikit je. Tak banyak sangat. Unsur-unsur seram tu, kena ada. Kalau tidak ada misteri dan seram nanti, tak syiok pulak kan?