Rasanya ramai yang dah tahu, pelakon jelita, Nur Fathia telah diterbangkan ke Uzbekistan pada bulan April lalu untuk menghadiri Festival Arslar Sadorsi 2013. Budiey dikhabarkan, kedatangan Nur Fathia ketika itu disambut oleh bukan calang-calang orang tapi Gulnara Karimova iaitu anak sulung kepada Presiden Uzbekistan, Islam Karimov. Glamor sungguh, Fatiya nih. Mungkin ramai yang tak sangka, kejelitaan Nur Fathia telah menambat hati orang Uzbekistan dan impak dari situ juga, Fathia telah meraih peluang untuk muncul dalam majalah terkenal Uzbekistan, Bella Terra edisi Julai tahun ini. Wow, tahniah Fathia!
Ternyata Nur Fathia dah jatuh cinta dengan nila sejarah dan tradisi budaya di sana.
“Saya sangat kagum kerana nilai dan tradisi lama di Uzbekistan begitu terpelihara dan dipandang tinggi. Malah, ia diangkat menjadi sesuatu yang sangat hebat dan menarik menerusi festival dan seumpamanya sehingga menimbulkan rasa kagum masyarakat luar Uzbekistan. Saya berpeluang menjalani sesi fotografi untuk enam muka surat majalah Bella Terra dengan menggayakan enam kostum moden rekaan Albert King serta perhiasan koleksi eksklusif Rafflesia. Walaupun agak meletihkan kerana mula disolek pada pukul 3 pagi, saya berasa puas kerana bukan mudah untuk meraih peluang tersebut.”
Pada 14 Oktober lalu, Budiey dijemput secara eksklusif untuk bersama Nur Fathia dan Miera Liyana menyaksikan mereka mencuba busana yang akan digayakan di Uzbekistan nanti. Pertama kali juga, Budiey menjejakkan kaki di butik Alia Bastamam yang terletak bersebelahan dengan Bangsar Shopping Center, Bangsar, KL. Cantik-cantik baju rekaan Alia Bastamam ni. Walaupun simple tapi nampak gah!
Nur Fathia Bakal Peraga Kasut Jimmy Choo & Busana Alia Bastamam
[dropcap]D[/dropcap]an, susulan dari kejayaan kunjungan pertama, Nur Fathia diterbangkan sekali lagi ke Uzbekistan pada hari ini selama seminggu untuk menghadiri Minggu Fesyen Uzbekistan (Style.Uz Art Week) dan Tashkent Film Festival 2013 yang dijadualkan berlangsung pada 22 hingga 27 Oktober 2013. Difahamkan, acara tahunan ini sememangnya dinantikan oleh pereka seluruh negara dengan pertunjukan dari jenama-jenama terkenal seperti Hugo Boss dan Versace. Selebriti bertaraf dunia yang pernah menghadiri Style.uz termasuklah bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo dan bintang legenda, Sting. Budiey kira, misi Fathia ini sekurang-kurangnya dapat menghubungkan budaya dan kesenian antara Malaysia dan Republik Uzbekistan.
Miera Liyana Jadi Hos Travelogue Budiey.com di Uzbekistan
[dropcap]B[/dropcap]udiey juga rasa sangat bertuah kerana dipilih oleh Rafflesia menjadi antara media yang akan mengikuti trip wakil delegasi Malaysia ke Uzbekistan. Sebagai bingkisan untuk anda semua, Budiey akan memberikan liputan #LiveUpdate di sosial media termasuklah di Youtube di mana akan dihoskan oleh Miera Liyana. Jadi, jangan lupa untuk follow Twitter @budiey, Instagram BUDIEY dan juga subscribe saluran video Youtube Budiey.
Budiey dah tak sabar sebenarnya untuk mengalami pengalaman baru yang dikatakan sangat hebat di negara yang kaya dengan nilai budaya dan sejarah tu.
“Uzbekistan menganjurkan pelbagai acara berkaitan seni sepanjang bulan Oktober. Saya dijadualkan ke sana bermula 22 hingga 27 Oktober bagi menghadiri Festival Filem Antarabangsa Tashkent 2013 dan Pertunjukan Fesyen Style.uz 2013 yang diadakan bersempena Minggu Fesyen Uzbekistan pada tahun ini. Fathia memikul tugas untuk menjadi muse untuk pertunjukan fesyen kasut pereka terkenal Jimmy Choo di sana dengan menggayakan juga busana dari pereka Alia Bastamam dilengkapi aksesori eksklusif jenama tersohor, Rafflesia.”
Sekali lagi, kepada korang yang nak tahu apa aktiviti Budiey bersama Nur Fathia dan Miera Liyana di Uzbekistan, jangan lupa untuk follow Twitter @budiey, Instagram BUDIEY dan juga subscribe saluran video Youtube Budiey.
Terima kasih kepada Rafflesia yang sudi membawa Budiey ke Uzbekistan untuk menyaksikan Festival Filem Antarabangsa Tashkent 2013 dan Pertunjukan Fesyen Style.uz 2013 di sana. Doakan kami selamat pergi dan selamat kembali ya.