Semalam, Budiey sangat sibuk sebab kena komited sehari suntuk dengan event The Official Grand Opening Avenue K. Happening betul acaranya semalam. Budiey rasa sangat seronok sebab inilah kali pertama Budiey dilamar menjadi duta kepada sebuah pusat membeli belah paling ‘fresh” di ibu kota. Acara AK After Party pun memang gempak habis. Sekarang baru sahaja selesai semuanya. Bolehlah Budiey fokus untuk berblog seperti biasa. Minggu ni banyak lagi tugas dan kerja menanti. Sementara itu, di peti emel Budiey banyak sekali emel yang masuk. Haa, baru hari ini nak tengok balik apa yang latest.
Antara yang latest Budiey terima ialah 10 keping gambar anak pasangan selebriti Lisdawati dan Fauzi Nawawi yang masih berusia 6 hari yang dirakam mana telah oleh team Camora Arts. Rasanya belum pernah disiarkan di mana-mana media. Terima kasih Budiey ucapkan kepada Zara yang sudi hantar emel. Melihat kepada gambar yang dihantar, memang cukup elok sempurna dari segi seni fotografinya. Budiey sangat suka tengok. Haaa, korang tengok macamana? Cute tak?
Menurut Zara, newborn photoshoot untuk anak dan pelakon hebat, Lisdawati dan Fauzi Nawawi telah diadakan pada 19 Jun di rumah pasangan pelakon ini dan team Camora Arts khabarnya cukup senang bekerjasama dengan pasangan ini. Tambahan pula baby pasangan ini sangat cute dan comel. Oh lupa nama baby ni ialah Ahmad Nur Fyrdaus. Katanya, banyak aksi menarik telah dirakam, namun Budiey percaya proses untuk merakam gambar newborn ini bukan sesuatu yang mudah ya. Betul tak Zara?
“Alhamdulillah, mereka dikurniakan anak lelaki yang sangat comel bernama Ahmad Nur Fyrdaus. Masa team Zara shoot ni, baby Fyrdaus baru berusia 6 hari. Muka baby ni, persis Lisdawati yang putih melepak :).” – Zara
Kepada pembaca Budiey.com yang nak tahu lebih lanjut dengan perkhidmatan fotografi dari Camora Arts, bolehlah follow dan LIKE Fanpage mereka ya www.facebook.com/camora.arts & Instagram : camoraarts
Terima kasih kepada Camora Arts yang sudi berkongsi foto ini dengan pembaca Budiey.com.