in , , , ,

EKSKLUSIF: Eira Syazira & Azad Jazmin Nikah 16 September Ini

EKSKLUSIF: Eira Syazira & Azad Jazmin Bakal Nikah 16 September Ini

Beberapa hari lepas, Budiey ada menerima e-kad jemputan untuk menghadiri majlis pernikahan antara pelakon, dramatis & penyanyi jelita, Eira Syazira & pelakon Azad Jazmin yang akan diadakan di kediaman keluarga Eira di Putrajaya. Terima kasih banyak-banyak Eira kerana sudi menghantar jemputan. Insyaallah, jika tiada aral melintang, Budiey akan hadir dan menyaksikan penyatuan dua jiwa yang bercinta ni. Syukur.

Alhamdulilah, 3 tahun usia percintaan pasangan selebriti ini, akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin jugak tak lama lagi. Majlis nikah akan diadakan pada 16 September 2011 dan majlis akan bermula pada jam 8 malam. Majlis yang dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak & media ini bertemakan Cermin & Kristal dengan warna temanya Red White dan Silver. Mesti happening dan glam majlis tu nanti, kan?

Azad Jazmin Eira Syazira

Menurut Eira, pelamin berkonsep cermin & crystal dengan diserikan lagi dengan bunga-bungaan ros yang segar. Pelamin pula direka khas oleh Zaha Wedding Planner dari Ipoh. Tentang tajaan, Eira Syazira juga turut menerima tajaan namun belum memutuskan apa-apa lagi. Namun, untuk majlis sambut menantu di Pulau Pinang pada 26 November nanti akan mendapat tajaan sepenuhnye oleh Butik Jalinan Kasih.

Eira Syazira & Azad Jazmin bakal mengenakan persalinan rekaan dan ditaja oleh pereka fesyen Hairi Tajuddin & Wanpa.

Pihak lelaki bakal membawa 9 dulang hantaran berbalas 11 dulang daripada pihak perempuan. Manakala jumlah wang hantaran masih dirahsiakan oleh pasangan ini. Elok jugak tu ya. Yang penting, majlis nikah nanti berlangsung dengan lancar dan tenang.

Menurut Eira yang baru sahaja menjemput rakan media untuk menghadiri dan membuat liputan majlis ini semalam, “Alhamdulillah, dengan izin Allah dan berkat restu ibu bapa akhirnye kami bersatu juga setelah mengharungi pelbagai dugaan dalam perhubungan kami.”

Majlis Resepsi pula akan diadakan pada bulan November nanti. Tarikhnya masih belum diputuskan.

Budiey doakan semoga majlis nikah Eira Syazira & Azad Jazmin nanti berlangsung dengan lancar dan selamat. Oh ya, selamat hari raya juga buat pasangan ini. Maaf Zahir & Batin.


Eira Syazira

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Karnival & Konsert Suara Kami Anjuran Astro

Drama Komedi Antara Maghrib Dan Isyak