in , ,

EKSKLUSIF: Apa Yang Menariknya JOJO’S DIARY ASIA

Hai korang, pernah tak tonton saluran terbaru TLC, Discovery Channel Asia (Astro Channel 707) kat Astro? Budiey sekarang ni melekat pulak kat stesen TLC, Discovery Channel Asia (Astro Channel 707) kerana saluran ini non-stop menyiarkan program travelogue yang mana sikit sebanyak menjadi inspirasi untuk Budiey keluar jalan-jalan makan angin di negara orang khususnya sekitar negara Asia. Best kan melancong ni. Tapi kita jangan lupa negara kita sendiri banyak lagi tempat yang kita belum terokai. TLC, Discovery Channel Asia (Astro Channel 707) juga banyak menyiarkan program travelogue terbaik di Malaysia. Tak caya korang tengok, try usha. Haa, dalam HD lagi tu.

Bercakap tentang program travelogue ni, terbaru, Budiey dapat tahu dari seorang pengacara yang ayu jelita, Jojo Struys di mana beliau menjadi pengantara untuk sebuah program travelogue yang Budiey kira banyak informasi terbaru tentang lokasi menarik yang menenangkan jiwa – JOJO’S DIARY ASIA. Program ini akan ditayangkan di saluran TLC, Discovery Channel Asia (Astro Channel 707) mulai 3 Ogos ini, setiap Isnin jam 8 malam.

Budiey sempat menemubual Jojo Struys melalui emel baru-baru ini dan jomlah kita ikuti perbualan Budiey dengan Jojo… apa yang menariknya program JOJO’S DIARY ASIA ini?

1. Boleh Jojo ceritakan bagaimana idea untuk menerbit program ini?

Saya sudah lama ingin menerbit rancangan perjalanan yang berkaitan dengan kesihatan. Selepas menerbit CD mengenai ketenangan dan juga selepas menulis buku ‘Jojo Struys’s Guide to Wellness’, saya fikir itu adalah masa yang paling sesuai untuk menerbit program ‘Jojo’s Diary of Asia’. Selain dari itu, Kyanite.tv dimana saya juga seorang ‘producer’ sangat berpengalaman dalam penerbitan rancangan perjalanan. Sebagai contoh, Kyanite.tv telah menghasilkan rancangan Bintang Di Langit bersama Yuna dan juga ‘Jejak Jepun Bersama Zizan’.

2. Apakah cabaran sebenar untuk memulakan program ini dan ceritakan cabaran semasa pengambaran?

Sebagai seorang penulis skrip untuk rancangan ini, saya perlu membuat banyak ‘research’ terdahulu mengenai negara-negara dan aktiviti yang ditayangkan. Salah satu cabaran yang hebat adalah pengambaran di beberapa cuaca yang berbeza dari cuaca tropika di Hong Kong ke salji di Mount Fuji di negara Jepun.

3. Jojo pernah jadi hos untuk program travelogue sebelum ini, jadi apa bezanya atau apakah keistimewaanya program ini dengan program sebelum ini?

Saya telah menjadi hos untuk rancangan ‘Chalk & Cheese’ yang ditayangkan di ‘Asian Food Channel’ yang hanya khusus pada makanan dan ‘Letting Go with Jojo Struys’ iaitu rancangan yang pada masa ini ditayang di saluran ‘Go Asean’ khusus kepada konsep ‘de-stress’.

‘Jojo’s Diary of Asia’ juga menayangkan konsep ‘de-stress’ tetapi ada juga terdapat pelbagai pengalaman berbeza dari segi kultur dan tradisi tempatan. Ia juga cuba menggambarkan perjalanan peribadi seseorang, oleh itu rancangan ini telah dinamakan sebagai ‘Diary’ dan bukan travelogue biasa. Sebagai contoh, muka saya telah dicat warna putih di Jepun untuk merasai pengalaman sebagai pelatih ‘Geisha’ untuk seharian.

Selain dari tu, saya telah banyak mempelajari memasak masakan tempatan.

Nepal Kids_3

4. Ceritakan pengalaman manis semasa pengambaran.

Saya telah jatuh cinta pada kanak-kanak di Nepal. Ia merupakan negara yang sangat cantik dikelilingi oleh gunung-gunung Himalayas dan dipenuhi penduduk yang sangat mesra dan mudah bergaul.

5. Ceritakan pengalaman pahit yang dialami semasa pengambaran.

Bagi saya, tiada pengalaman pahit kerana terdapat terlampau banyak perkara baru yang saya dapat belajar dan mengalami semasa pengambaran. Sungguhpun saya telah mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk di Nepal selama 7 jam, dalam masa itu, saya juga dapat menghayati keadaan sekeliling. Saya sememangnya tidak pernah menyesal dengan apa jua pengalaman.

6. Apakah pembelajaran yang baru atau pengalaman baru yang ditimba dari program ini?

Terdapat sangat banyak aktiviti dan pengalaman yang tidak pernah saya lalui sebelum ini. Sebagai contoh, saya telah diajar menggunakan pedang ‘Samurai’ oleh ‘master’ yang melatih Lucy Liu dalam rancangan Hollywood ‘Kill Bill Volume 1’.

Saya jugak tidak pernah memandikan seekor gajah yang telah terbalik dengan sendirinya sebagai seekor kucing dan baring agar saya dapat menggosok perutnya dengan sebijik batu. Ia adalah suatu pengalaman yang agak menakjubkan!

7. Apakah akan ada season 2?

Rancangan ini telah mengambil masa selama setahun untuk menghasilkan season 1. Saya merasa bahawa mereka di Kyanite.tv hendak merehat seketika tetapi semua pun bertanya ‘Bilakah kami akan buat penggambaran untuk season 2?’ Oleh itu, saya pun tengah memikirkan mengenai season 2 kerana pengalaman penggambaran season 1 adalah sangat menakjubkan!

8. Pendapat peribadi Jojo tentang channel TLC Discovery Channel Asia.

Ia merupakan suatu penghormatan besar bagi rancangan saya untuk ditayangkan di suatu saluran antarabangsa yang begitu terkemuka.

9. Harapan Jojo untuk program ini?

Harapan saya adalah untuk berkongsi tips untuk ‘de-stress’ dan menunjuk kepada para penonton betapa banyak destinasi dan aktiviti di Asia yang unik. Saya juga amat berharap agar semua penonton akan berasa lebih ceria dan positif masa menonton rancangan ini.

10. Apakah usaha atau inisiatif penerbit untuk menjadikan program ini terus ditonton?

Di zaman sekarang, terdapat terlalu banyak perkara negatif yang kita hadapi setiap hari ie. Di berita, radio, facebook dan lain-lain media social. Saya harap agar penonton semua terus menonton rancangan saya kerana ia dapat membantu anda menghilangkan tekanan harian dan mendapat pengalaman positif.

‘Jojo’s Diary of Asia’ premieres exclusively on TLC, Discovery Channel Asia (Astro Channel 707) kicking off August 3rd, every Monday night at 8pm.

Maiko_MakeUp

Sinopsis

‘Jojo’s Diary of Asia’ follows the journey of celebrity personality Jojo Struys as she uncovers the uniquely cultural ways people can disconnect from stress in their daily lives while soaking up different cultures and learning how to make a diverse array of traditional Asian dishes. From the rich culture and traditional customs in Japan, to the breathtaking natural beauty of Nepal, to the bright lights and bustling metropolis of Hong Kong, you will feel like you are a part of Jojo’s fascinating journey. Catch her in action as she discovers the multitude of ways you can de-stress from bathing elephants in the Himalayas, to learning breathing techniques to calm the mind, to wielding a samurai sword in Tokyo. Not forgetting her hair-raising adrenaline rush on the world’s steepest roller coaster at the base of Mount Fuji and the array of traditional dishes she learns to cook from local chefs. Enjoy the breathtaking sights, de-stress activities, rich culture and great food on this unforgettable journey on ‘Jojo’s Diary of Asia’.

Maiko3 copy

Maiko 5

Kariizawa 12

Nepal Locals 1(2)

Nepal2A

Bathing Elephants 6

Himalayas_Flight

DragonDancing1

SAMURAI Screenshot(2)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Saluran VINMEEN HD Kini Boleh Ditonton di Singtel TV

Cara Samsung Digital Ubah Gaya Hidup Orang Malaysia