in , ,

EJEN ALI THE MOVIE – MAMAK MAJU Trending di Youtube Malaysia

Demam ‘Mamak Maju Melanda Malaysia! Mamak Tampil Berbeza Di Mata Netizen!

Janggal jika ada yang tidak pernah melepak di restoran ‘mamak’.  Restoran ‘mamak’ yang sentiasa menjadi pilihan lokasi melepak setiap rakyat Malaysia kini menjadi bualan hangat apabila filem EJEN ALI THE MOVIE  berjaya mengangkat babak di restoran ‘mamak’ sehingga menjadi viral.  Kemunculan babak nyanyian dan tarian lagu Mamak Maju yang ditayangkan di pawagam bermula 28 November 2019 telah berjaya mengeletek hati penonton.

Lagu Mamak Maju telah menjadi sensasi dan menerima respon yang positif dari netizen kerana melodinya yang menghiburkan. Gerak tari lagu ini pada awalnya hanyalah sebuah koreografi yang menjadi gimik persembahan bagi aktiviti ‘flash mob’ sewaktu Malam Tayangan Perdana filem EJEN ALI THE MOVIE yang berlangsung pada 19 November 2019.

MAMAK EJEN ALI

Video persembahan ‘flashmob’ yang diketuai oleh maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia serta kakitangan Primeworks Studios mendapat sambutan yang luar biasa daripada netizen.

Sehingga 7 Disember 2019, babak ‘mamak’ dari filem itu telah meraih lebih daripada 1.1 juta jumlah tontonan di laman Youtube.  Lagu  Mamak Maju melambangkan identiti dan semangat Malaysia yang meliputi kepelbagaian kaum dan keunikan budaya.

MAMAK EJEN ALI

Tarian Mamak Maju semakin mendapat perhatian selepas tampil di dalam slot Malaysia Hari Ini (MHI) pada 4 Disember 2019. 

Tutorial tarian Mamak Maju menjadi fenomena yang luar biasa sejurus ia dimuatnaik di laman Instagram rasmi Ejen Ali. Lantaran dari kejayaan tersebut, kempen #MamakMajuDanceChallenge dilancarkan di akaun Instagram rasmi Ejen Ali yang mana lima video terbaik berpeluang menerima tiket untuk menonton filem EJEN ALI THE MOVIE secara percuma. Kempen ini akan berakhir pada 8 Disember 2019.

Azri Yunus, komposer utama filem EJEN ALI THE MOVIE mendedahkan

Inspirasi disebalik lagu ini adalah hasil cetusan idea pengarah filem, Usamah Zaid Yasin yang mana beliau ingin mewujudkan satu babak yang sinonim dan ikonik dengan budaya rakyat Malaysia melalui aktiviti yang menjadi kegilaan ramai iaitu ‘melepak’ di restoran ‘mamak’.

Idea tersebut seterusnya disesuaikan ke dalam lirik lagu dalam bahasa Melayu sebelum beberapa bahagian lirik diterjemahkan ke bahasa Tamil, dibantu oleh dua rakan sekerja kami. 

Hakim Kamal, penolong komposer merangkap penyanyi utama lagu tersebut turut menambah “Agak sukar untuk saya menyebut sebutan bahasa Tamil yang tepat pada mulanya namun, selepas beberapa bulan menjalani latihan, rakan-rakan berbangsa sekerja berbangsa India memuji dan mengatakan bahawa sebutan saya jauh lebih baik dari mereka!”

MAMAK EJEN ALI

Berikut adalah komen-komen positif yang diterima dari netizen selepas tiga hari  video Mamak Maju dimuatnaik dan meraih lebih daripada 1.1 juta jumlah tontonan di laman Youtube dan Twitter :

Filem Ejen Ali The Movie telah mencatat kutipan lebih RM13 juta selepas satu minggu ditayangkan di pawagam serentak bermula 28 November 2019 di tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei.

Ejen Ali The Movie mengisahkan tentang Ali, seorang budak berusia 12 tahun yang telah direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.

Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet  istimewa (IRIS – Infinity Retinal Intelligence System). Gajet tersebut telah diubahsuai menjadi IRIS Neo, gajet yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen-ejen lain. Inovasi baharu ini dipersoalkan oleh Ali apabila dia merasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat.

Pada saat itu, dia didatangi oleh seorang individu misteri yang mendakwa mengetahui akan kisah silamnya. Maka bermulalah pengembaraan baharu Ejen Ali demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaannya terhadap MATA bakal teruji. 

Klik link dibawah untuk melihat:

Untuk maklumat lanjut tentang EJEN ALI THE MOVIE, sila ikuti: 

#EjenAliTheMovie  #EjenAli #AniMY

###

Mengenai Primeworks Studios 

Primeworks Studios adalah syarikat produksi terkemuka di Asia Tenggara yang bergiat dengan pelbagai pengolahan kandungan kreatif seperti penerbitan TV dan filem, jualan kandungan syarikat, pengedaran dan pemasaran filem, animasi, pengurusan bakat serta perlesenan dan perdagangan. Ia merupakan sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang telah menghasilkan lebih 3,000 jam isi kandungan hebat untuk pelbagai platform televisyen, pawagam dan digital setiap tahun. Juga, sebagai rumah produksi, Primeworks Studios adalah lambang mutu kreatif disamping pelbagai genre kandungan termasuklah hiburan, majalah, dokumentari, sukan, dan drama. 

Mengenai Wau Animation

WAU Animation merupakan studio animasi kesan khas (CG) yang ditubuhkan pada 18 Mac 2013 oleh sekumpulan anak muda yang berbakat besar dan kreatif yang mempunyai lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam menghasilkan pelbagai siri animasi dan filem kesan khas yang pernah merangkul pelbagai anugerah tempatan. Misi utama WAU Animation adalah berazam dalam menghasilkan animasi yang mampu memberikan impak kepada para penonton di Malaysia dan juga peringkat antarabangsa. WAU Animation juga bermatlamat menghasilkan siri dan rangkaian cerita yang menghiburkan sekaligus dapat memberi inspirasi dan juga menerapkan intipati tempatan dalam mengetengahkan identiti Malaysia yang unik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Anda Patut Beli Acer Swift 5

Sentuhan magis Farouk Roman & Amylea dalam ADELLEA SOFEA